Seri Setia: Dua Kali Hujan Lebat Tidak Lunturkan Semangat Penyokong Parti Bertanding

PETALING JAYA, 18 Ogos – Hujan lebat ternyata tidak melunturkan semangat lebih 100 penyokong Pakatan Harapan dan PAS yang hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing ketika proses penamaan calon, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini. Tinjauan Bernama mendapati  penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira […]

» Read more

Penamaan Calon DUN N.32 Seri Setia

PETALING JAYA 18 Ogos — Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad mengiring calon PAS Dr Halimah Ali semasa hadir pada penamaan calon pilihanraya DUN N.32 Seri Setia di sini hari ini. Turut  Naib Presiden UMNO Datuk Ismail Sabri, Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah , Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. […]

» Read more

Proses Pencalonan PRK Balakong, Seri Setia Bermula 9 Pagi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Balakong dan Seri Setia akan bermula serentak pada pukul 9 pagi ini. Penamaan calon masing-masing akan diadakan di Dewan Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat bagi PRK Balakong dan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi PRK Seri […]

» Read more

100 Hari Kerajaan PH… Apa Kejayaan Yang Dibanggakan?

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Hari ini genap 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH), yang sebahagian besarnya tidak tertunai dan seperti yang diduga, isu ekonomi negara masih dimainkan sebagai helah kerajaan untuk menangkis kritikan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Justeru katanya, tidak seperti kebanyakan kerajaan di negara lain yang biasa […]

» Read more

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

SEREMBAN, 17 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama parti itu menzahirkan sokongan kepada Turki yang kini berdepan dengan krisis kewangan. Beliau berkata ini termasuk menghulurkan bantuan yang akan mengukuhkan lagi semangat setia kawan dan hubungan antara dua negara di samping membantu Turki pimpinan Presiden Tayyip Erdogan mengharungi situasi getir […]

» Read more

Cerita Sebenar Mengenai 1MDB Harus Diketahui – KJ

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cerita sebenar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diketahui dan beliau sekali gus menyokong perkara itu disiasat semula Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Beliau menegaskan bukan sahaja rakyat mahu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB, malah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga mahu memastikan ia […]

» Read more

Tolak Iktiraf LGBT, Cadang Wujud Pusat Pemulihan – Wanita UMNO Pahang

TEMERLOH, 17 Ogos – Wanita UMNO Pahang mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Ketuanya Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi. Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan […]

» Read more

100 Hari Pentadbiran, Kerajaan PH Masih Bermentaliti Pembangkang – Mohd Shahar

  KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah melahirkan rasa kecewa pada mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 yang berakhir semalam apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pasca Pilihan raya Umum (PRU-14) masih bermentaliti pembangkang. Menurut beliau persidangan yang ditangguhkan hanya menyerlahkan sikap ‘game of blame’ kerajaan baharu terhadap kerajaan sebelum ini yang […]

» Read more
1 4,482 4,483 4,484 4,485 4,486 4,617