Pemimpin Dap Dibidas, Tak Sensitif Hal Ehwal Agama Islam… Zakat Bukan Peruntukan Politik

NIBONG TEBAL, 29 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal membidas tindakan pemimpin Dap yang disifatkan tidak prihatin berkaitan hal ehwal agama Islam. Ketuanya Mohd Norhiesam Ismail berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Pulau Tikus, Chris Lee Chun yang memuat naikkan gambarnya mengagihkan hamper zakat Majlis Agama Islam negeri itu jelas menunjukkan dirinya tidak peka dan sensitif […]

» Read more

Campur Tangan Inkues Adib: Peguam Negara Bela Mangsa Atau Penjenayah?

KOTA BHARU 29 Mei – Peguam Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu memberi penjelasan yang lebih ‘masuk akal’ mengenai penarikan diri peguam Syazlin Mansur daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim. Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, pada ketika ini, seluruh masyarakat yang mengikuti […]

» Read more

Adakah Kes Muhammad Adib Akan Berakhir Dengan Keadilan?

KANGAR 29 Mei – Arahan agar peguam Syazlin Mansor menarik diri pada saat akhir inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim menimbulkan persoalan sama ada kes itu bakal berakhir dengan memberi keadilan kepada anggota bomba tersebut atau sebaliknya. Ramai yang kesal dengan arahan tersebut kerana semua sedia maklum sebelum ini bahawa peguam berkenaan begitu tegas dalam mencari keadilan untuk Muhammad Adib. […]

» Read more

Kit Siang Disaran Belajar Hormat Kabinet Dan Peraturan Untuk Kelestarian Negara

KUANTAN, 28 Mei – Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar membidas sikap Lim Kit Siang yang tidak menghormati Kabinet dan menyarankan agar veteran Dap itu belajar untuk menghormati peraturan. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Kit Siang yang mahu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memecat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Pendidikan yang […]

» Read more

Mukhriz Dituntut Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

JOHOR BAHRU 24 Mei – Kelakuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah di Pekan, Pahang semalam, disifatkan sebagai satu tindakan yang biadab. Video menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan […]

» Read more

Bekas Adun Penanti Meninggal Dunia

BUKIT MERTAJAM,19 Mei – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Datuk Ahmad Saad, 68, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata Allahyarham yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi. “Jenazah dibawa ke rumahnya di Jalan Baru di […]

» Read more

PH U-Turn Lagi… Bertabahlah Wahai Anak Muda – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 17 Mei – “Setahun berlalu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, nampaknya sekali lagi Kerajaan terpaksa u-turn.” Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman. “Masih segar diingatan rakyat bahkan ramai bersorak […]

» Read more

PTPTN: Dasar Zaman BN Galak Bayar Semula, PH Nak Ganggu Periuk Nasi – Shahril Sufian

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan melihat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah lambang penipuan Pakatan Harapan (PH) yang paling besar sekali. Tegas beliau janganlah sesekali rakyat lupa bagaimana perkara berkenaan dicanang dan diwar-warkan sebelum ini terutama apa yang terkandung di dalam manifesto mereka. “PTPTN adalah lambang penipuan PH yang paling besar sekali. […]

» Read more

Setahun Pentadbiran Menteri Besar Pahang, Peluang Dan Cabaran Terus Maju Ke Hadapan

SEMALAM, 15 Mei 2019 genap setahun pentadbiran YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Menteri Besar Pahang. Di saat hampir keseluruhan negeri-negeri di negara ini mengalami proses perubahan pentadbiran akibat kekalahan Barisan Nasional , Dato’ Sri Wan Rosdy menjadi pilihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang ( pada ketika itu) untuk meneruskan pentadbiran yang sebelumnya diketui oleh […]

» Read more
1 442 443 444 445 446 543