PH U-Turn Lagi… Bertabahlah Wahai Anak Muda – Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR, 17 Mei – “Setahun berlalu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, nampaknya sekali lagi Kerajaan terpaksa u-turn.”

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

“Masih segar diingatan rakyat bahkan ramai bersorak kegembiraan tatkala YB Timbalan Menteri Dap, Teo Nie Ching mengumumkan bahawa Kerajaan PH akan menunaikan janji PRU14 lalu untuk menghentikan tindakan ‘zalim’ kerajaan Barisan Nasional (BN) lama yang menguatkuasakan larangan ke luar negara bagi peminjam tegar PTPTN ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Katanya, bak kata ramai penganalisis politik, berilah masa kepada PH kerana mereka baru setahun memerintah.

“Jangan risau harapan untuk melihat Kerajaan PH menunaikan janji mereka yang lebih besar untuk menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma masih ada. Bersabarlah wahai anak-anak muda.”

Semalam, Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, dilapor berkata perbadanan itu sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan dengan sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan selain cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.