Lima Taman Perindustrian Nikmati Pengecualian Cukai

KUANTAN, 26 Julai – Kerajaan negeri Pahang memberikan pengecualian cukai kepada lima taman perindustrian di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Taman perindustrian itu ialah Taman Automotif Pekan, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 1 dan 2, Taman MCKIP 3, Taman Industri Halal Gambang dan Taman Teknologi Pahang. “Tempoh pengecualian cukai ini berbeza-beza seperti MCKIP diberikan […]

» Baca lanjut

Calon BN Hadir Di Kg Johan Setia

SHAH ALAM , 25 Julai — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Datuk Lokman Adam menjawab pertanyaan media selepas melakukan ‘ walkabout’ di  Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia  dalam kempen menjelang PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos sebentar tadi.-Foto: MediaUMNO

» Baca lanjut

Tahun Melawat Pahang 2017 Tidak Gagal

KUANTAN, 26 Julai – Kerajaan Negeri Pahang hari ini menegaskan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bukan satu program yang gagal, walaupun tidak mencapai sasaran pelancong yang diingini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata TMP 2017 telah berjaya meningkatkan kehadiran pelancong dalam jumlah yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Katanya, kehadiran pelancong pada […]

» Baca lanjut

Perbincangan

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Ahli Parlimen Pekan merangkap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melambai tangan kepada para media sambil diperhatikan Ahli Parlimen Lenggong merangkap Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah di Bangunan Parlimen petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Baca lanjut

Kerajaan PH Jangan Ambil Pendekatan Salahkan Segala-Galanya Kepada Kerajaan Terdahulu – Najib

  KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan agar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan pendekatan penyalahkan segala-galanya kepada kerajaan terdahulu hanya kerana mereka gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto. Jelas beliau, kerajaan PH juga harus menyedari bahawa tidak semua yang kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) buat itu perlu dibatalkan atau dikaji […]

» Baca lanjut

Saya Cabar Buktikan UMNO Terima Duit 1MDB – Pasir Salak

KUALA LUMPUR, 26 Julai – “Saya cabar sesiapa sahaja daripada kamu (pemimpin PH) untuk tunjukkan bukti yang UMNO ada terima duit daripada 1MDB. Lepas ini siapa yang bercakap sila tunjuk bukti,” tegas Ahli Parlimen Pasir Salak. Beliau berkata demikian ketika membahas titah ucapan Diraja di Dewan Rakyat. Menurut Tajuddin, para pemimpin PH telah sewenang-wenangnya membuat tuduhan tersebut sedangkan hakikatnya mereka […]

» Baca lanjut

Najib Nafi Dakwaan Cetus Huru-Hara, Panggil Mesyuarat MKN Pada Malam 9 Mei

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau telah memanggil mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei berikutan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14. Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata beliau tidak menpunyai sebarang niat untuk mencetuskan huru-hara pada malam tersebut. “Sebelum ini telah timbul tuduhan dan […]

» Baca lanjut

Perlis Bukan Negeri Wahabi – Raja Perlis

PADANG BESAR, 26 Julai – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah negeri yang mengamalkan ajaran Wahabi seperti didakwa pihak tertentu. Titah baginda Perlis tetap berpegang kepada Sunnah Waljamaah iaitu mengguna pakai keempat-empat mazhab, berbeza dengan beberapa negeri lain yang mengamalkan Sunnah Waljamaah bermazhab. “Beta ingin mengulangi dan menegaskan bahawa Perlis tidak mengamalkan (ajaran) Wahabi yang mengikut […]

» Baca lanjut
1 4,414 4,415 4,416 4,417 4,418 4,508