Wanita Adakan Solat Hajat, Puteri Minta Perbicaraan Adil Untuk Najib

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Wanita UMNO dukacita atas penangkapan Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini. Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata. sebagai seorang rakyat yang telah banyak berjasa kepada negara, Wanita UMNO mendesak supaya beliau diberikan hak sepenuhnya kepada perbicaraan yang telus, adil. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa Najib […]

» Baca lanjut

Dana Yayasan Akalbudi Tidak Diseleweng – Zahid

PUTRAJAYA, 3 Julai – Dana Yayasan Akalbudi tidak pernah diseleweng, malah masalah yang timbul adalah akibat salah faham, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia berpunca daripada kesilapan pegawai beliau yang sepatutnya menggunakan akaun peribadinya untuk menjelaskan bayaran kad kredit miliknya dan isteri, namun berlaku kekeliruan sehingga dana akaun yayasan berkenaan digunakan untuk tujuan itu. […]

» Baca lanjut

Kerajaan PH Diingat Jangan Sombong, Angkuh, Dulu Janji Bantu Rakyat

ALOR SETAR, 3 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak mengamalkan sikap tidak peduli tentang keluhan rakyat berkaitan kos sara hidup dan beban seharian sedangkan semasa menjadi pembangkang dahulu, mereka cukup lantang membantah kenaikan caj elektrik dan harga barangan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. Katanya, kenaikan tarif elektrik […]

» Baca lanjut

Najib Ditahan Dan Didakwa Esok

PETALING JAYA, 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara pada petang Selasa. Penangkapan itu dibuat ketika SPRM masih merekodkan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta anak tirinya, Riza Aziz berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebelum ini, SPRM […]

» Baca lanjut

Hadir Beri Keterangan

PUTRAJAYA, 3 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.?Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dan berpakaian batik berwarna biru navy itu tiba pukul 9.54 pagi ini. –fotoBERNAMA

» Baca lanjut

Saya Tidak Mahu Pegang Apa-Apa Jawatan Buat Masa Ini – KJ

PUTRAJAYA, 3 Julai – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak mahu terikat dengan apa-apa jawatan termasuk sebagai ketua pembangkang di Parlimen buat masa ini. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata buat masa ini beliau mahu berehat tetapi tetap akan hadir ke persidangan Dewan Rakyat untuk memainkan peranan selaku anggota Parlimen. “Jawatan ketua pembangkang ini mesti diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen […]

» Baca lanjut

Tangguhkan Surcaj, Pemberhentian Rebat, Elak Kos Berganda Kepada Rakyat – Pemuda

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan supaya menangguhkan pelepasan surcaj dan pemberhentian rebat pada kadar tarif elektrik bagi mengelakkan kenaikan kos berganda kepada rakyat, yang kesemuanya tampak berlaku dalam suatu tempoh yang singkat.   Naib Ketuanya, Shahril Hamdan berkata, pengumuman mengenai pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) baru-baru ini akan menyaksikan pengguna bukan domestik (bukan isi […]

» Baca lanjut

Cadang Potong Gaji Penjawat Awam, Fungsi CUEPACS Dipersoal

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan pemotongan gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia. Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, fungsi kesatuan pekerja adalah untuk memperjuangkan kebajikan golongan itu dan bukannya meraih ‘mileage politik’ di mata kerajaan baharu itu. “Seingat saya, kesatuan […]

» Baca lanjut

Pemuda Sifatkan Wakil Rakyat Khianat UMNO ‘Muka Tembok’

JOHOR BAHRU, 3 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pemimpin UMNO yang bertaraf Ahli Parlimen yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Ketuanya, Mohd Hairi Md Shah berkata, dalam tempoh beberapa hari ini kita dihidangkan dengan banyak berita mengenai tindakan pemimpin UMNO yang keluar daripada parti dengan pelbagai alasan tersendiri. “Apa pun […]

» Baca lanjut

Bersatu Hadapi Musuh Politik Tanpa Tinggalkan Parti – Rosnah

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, di kala parti sedang di landa masalah, setiap pemimpin UMNO harus bersatu menghadapi musuh politik dengan kaedah yang bijaksana, dan mesti juga mempengaruhi khalayak dengan kewibawaan. Jelas beliau pemimpin parti harus bertegas dengan fakta, statistik dan sudah tentu […]

» Baca lanjut
1 4,382 4,383 4,384 4,385 4,386 4,440