DEB Harus Disemak Semula Bagi Cerminkan Situasi Semasa – Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) harus disemak semula bagi memastikan dasar berkenaan kekal relevan dengan situasi ekonomi semasa. “Semakan semula itu cadangan yang bagus. Apa juga polisi perlu disemak semula. Tidak ada yang abadi. Setiap sesuatu itu akan berubah dan kita perlu berubah mengikut peredaran masa,” kata Anggota Parlimen Gua […]

» Baca lanjut

Wanita UMNO Gesa Kerajaan PH Tunai Janji Caruman Suri Rumah Dalam Tempoh 100 Hari

 KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad hari ini menuntut agar kerajaan Pakatan Harapan menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari dengan segera sebelum tempoh berkenaan berakhir tidak lama lagi. Katanya, ini bagi membuktikan mereka benar-benar sebuah kerajaan yang telus dalam menunaikan janji kepada rakyat. “Pihak PH perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai mekanisme […]

» Baca lanjut

Aplikasi PRK Sungai Kandis Untuk Buktikan BN Difitnah – Khaled

SHAH ALAM, 25 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata masyarakat terutama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis beruntung kerana berpeluang sekali lagi untuk membuat pilihan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Menurut beliau pada kali ini pengundi boleh menggunakan peluang tersebut untuk memastikan segala janji dan segala manifesto yang dicanang Kerajaan […]

» Baca lanjut

Perlu Rujuk Pihak Berkuasa Keselamatan Sebelum Mansuh SOSMA

SHAH ALAM, 25 Julai – Sebarang usaha untuk memansuhkan apa jua akta keselamatan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), perlu dirujuk kepada pihak berkuasa keselamatan terlebih dahulu. Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata ini kerana tindakan pemansuhan itu dibimbangi akan mendedahkan negara kepada ancaman keganasan. Jelas beliau, SOSMA yang diluluskan ketika pentadbiran kerajaan BN […]

» Baca lanjut

Kerajaan PH Perlu Berhenti Kelirukan Peminjam PTPTN

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin menempelak kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang terus-terusan mengelirukan peminjam PTPTN. Jelas beliau, antara janji PH adalah menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN untuk golongan berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya namun setelah 77 hari berlalu, janji menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN masih […]

» Baca lanjut

UEC: Kerajaan Perlu Ambil Kira Pandangan Pakar, Tokoh Negarawan Sebelum Pelaksanaan

IPOH, 25 Julai – Kerajaan perlu mengambil kira pandangan pakar dan tokoh negarawan dalam setiap perancangan dasar baharu bukannya sekadar menerima cadangan seterusnya melaksanakannya tanpa melihat kepada kesan dan akibat dasar tersebut. Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata ini kerana kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, polisi dan akta sedia ada sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. “Pengiktirafan […]

» Baca lanjut

Calon BN dan PKR Kongsi Pentas Bersama Pikat Pengundi

SHAH ALAM, 24 Julai – Suasana di Pasar Malam Seri Andalas petang tadi meriah apabila calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam bukan sahaja bertembung dengan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam kempen di kawasan tersebut malah turut berkongsi pentas yang sama dengan menyuarakan manifesto masing-masing. Umpama ‘Debat Bergerak’ pentas bergerak tersebut yang digunakan oleh jentera BN untuk […]

» Baca lanjut

Diskusi N49 Sungai Kandis

Shah Alam, 24 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini mengupas isu ‘Hanya Tomato Turun’ dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Ahmad Maslan bersama dengan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Johan Abd Aziz dan Tun Faisal Ismail (Moderator). Diskusi ini diadakan sempena Pilihanraya Kecil DUN N.49 Sungai Kandis. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut

Kerajaan PH Perlu Berhenti Terus Manipulasi Isu Hutan RM1 Trilion Untuk Kelirukan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad membidas kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sering menggunakan isu hutang negara bagi memomokkan rakyat. Jelas beliau, sampai bila jumlah hutang negara mencecah RM1 trilion mahu ditokok tambah dan diuar-uarkan kerana semata-mata mahu mengalihkan tumpuan rakyat. “Isu ini terus dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat agar […]

» Baca lanjut

Kerajaan PH Masih Terbawa-Bawa Pendekatan Kosmetik dan Usaha Balas Dendam – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa rakyat mula kembali resah dan gusar apabila banyak janji-janji yang tidak dapat ditunaikan ekoran pembawaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi diselubungi dengan sentimen-sentimen yang tertumpu kepada usaha membalas dendam dan terbawa-bawa dengan pendekatan kosmetik. Katanya, rakyat sebenarnya menunggu-nunggu perubahan yang lebih baik kepada negara selepas […]

» Baca lanjut
1 4,360 4,361 4,362 4,363 4,364 4,451