Speaker Putuskan MP Cameron Layak Hadir Sidang Dewan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik keputusannya sebelum ini yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh untuk menghadiri sidang Parlimen selepas kemenenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum yang lalu dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan Speaker itu mendapat tepukan gemuruh daripada blok pembangkang. “Kesimpulannya…keperluan untuk hakim mahkamah pilihan raya […]

» Read more

Tajuddin Lahirkan Hasrat Berdialog Dengan Wakil PBB

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengenali dan mengetahui cara kehidupan rakyat negara ini yang berbilang kaum sebelum ingin mencampuri urusan pentadbiran negara ini. Justeru, beliau melahirkan jemputan kepada wakil PBB ke Malaysia bagi mengadakan dialog bersama. “Mereka tidak boleh menyamakan negara Islam Arab dengan Negara […]

» Read more

Pasca Himpunan #Daulat812 : Manifestasi Rakyat Semakin Muak Dengan PH – Dr Puad

BATU PAHAT, 10 Dis – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat himpunan aman pada Sabtu lalu di Dataran Merdeka adalah satu manifestasi rakyat yang semakin tidak berpuas hati terhadap corak pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, ia rentetan atas sikap ‘kemunafikan’ kerajaan sendiri yang bukan sahaja tidak mampu mengotakan janji-janji pilihan raya malah tindakan yang […]

» Read more

Bursa Semakin Turun

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, ditambah dengan sentimen belian yang lemah, kesan pengaruh luaran. Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.31 mata kepada 1,671.23 daripada penutup Jumaat, 1,680.54. Indeks dibuka lemah 5.87 mata pada 1,674.67. Kerugian pada saham Tenaga membawa penyusutan indeks komposit sebanyak 3.232 […]

» Read more

Ringgit Lemah

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini, berikutan permintaan yang lemah terhadap ringgit di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat tahun depan. Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1650/1700 berbanding dolar US daripada 4.1640/1680 pada penutup Jumaat. Seorang peniaga berkata, walaupun Fed memberi petunjuk bahawa ia mungkin […]

» Read more

#DaulatHimpunan812 Pamer Penyatuan Melayu

IPOH 9 Dis. – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah memperlihatkan penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini. Beliau bagaimanapun berkata, perhimpunan itu lebih baik lagi sekiranya disertai rakyat pelbagai kaum yang secara langsung dapat mewujudkan perpaduan di antara mereka. “Dari satu segi […]

» Read more

Himpunan Serlah Harapan Umat Untuk Penyatuan UMNO-Pas

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Himpunan Ummah 812 di Dataran Merdeka kelmarin merupakan himpunan terbesar, paling aman dan penuh disiplin yang menghadirkan ratusan ribu umat Islam semenjak merdeka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelasnya, kehadiran yang begitu besar umat Islam dilihat bukan sahaja berkenaan dengan bantahan ICERD tetapi merupakan manifestasi kebimbangan rakyat terhadap pelbagai tindak […]

» Read more

Himpunan Aman Anti-ICERD 812 Pastikan Perlembagaan Persekutuan Terus Terluhur

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad memanjatkan kesyukuran dan menghargai kehadiran orang ramai dalam Himpunan Daulat 812 semalam yang dianggap sebagai pejuang agama dan bangsa. “Syukur diberi kemudahan dalam semua perancangan yang telah diatur. Semoga ICERD tidak diratifikasikan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan terus terluhur. “Tahniah dan terima kasih kepada setiap sokongan dari […]

» Read more

Tiga Sebab Mengapa Ratusan Ribu Berhimpun Di Jalanan Di Malaysia Semalam

Semalam pada 8 Disember 2018 adalah suatu hari yang bersejarah di Malaysia. Beratus ribu rakyat berhimpun dan berdemonstrasi di jalanan di tengah-tengah Kuala Lumpur sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan ini adalah sepatutnya satu demonstrasi untuk membantah cadangan ratifikasi ICERD oleh Kerajaan. Namun pada minggu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telahpun menarik balik keputusan untuk meratifikasi ICERD. Oleh itu, mengapakan beratus […]

» Read more
1 4,351 4,352 4,353 4,354 4,355 4,642