Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

BESUT, 15 Dis – “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar UMNO. Kenyataan Anggota Parlimen Besut itu dimaklumkan kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut. Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian semalam dan kini […]

» Read more

Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti – Najib

PEKAN, 15 Dis – UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti, termasuk dalam isu berkaitan desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan. Bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya penyelesaian itu juga sedang difikirkan oleh Ahmad Zahid dan dalam masa sama, pelbagai pihak juga mengutarakan pendapat mereka dalam memastikan […]

» Read more

Rakyat Sangsi Integriti Pemimpin Lompat Parti – Azhari

SHAH ALAM, 15 Dis – Masalah yang menghimpit kehidupan seharian rakyat bukan mudah boleh diselesaikan dengan cara pemimpin terutama wakil rakyat keluar parti, tegas Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Bahkan katanya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat sangsi dengan integriti wakil rakyat pilihan mereka sendiri. “Patah tumbuh hilang berganti. Itulah adat dan hukum kehidupan ini. Kita tidak seharusnya […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR, 14 Dis – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin yang meninggal dunia petang tadi. Bernama melaporkan Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini kira-kira pada jam 6.20 petang, disahkan oleh adiknya Abdul Lazam. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam ciapan di […]

» Read more

Perjuangan Tanpa Prinsip Adalah Perjuangan Yang Rapuh – Mohamad

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Dalam perjuangan, kesetiaan bukan sesuatu yang boleh dituntut oleh sesiapa tetapi yang lebih utama adalah keutuhan berprinsip, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, perjuangan tanpa prinsip ialah perjuangan yang rapuh serta pasti tiada kelangsungan. “Perjuangan yang berprinsip ialah perjuangan yang terbit daripada keyakinan moral yang mendalam bahawa apa yang kita perjuangkan itu, […]

» Read more

Ahli Parlimen Jelebu Dan Jempol Nafi Akan Tinggalkan UMNO

SEREMBAN, 14 Dis – Dua anggota Parlimen dari Negeri Sembilan menafikan akan meninggalkan UMNO seperti mana yang tular di media sosial. Kedua-dua mereka, anggota Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias dan anggota Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif sebaliknya, berpendirian untuk kekal berjuang bersama parti yang diwakili mereka. “Tidak benar dakwaan itu. Saya masih lagi dengan UMNO. Ada pihak yang […]

» Read more

Ahli Akar Umbi Tetap Utuh Walaupun Pemimpin Keluar Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ahli-ahli UMNO di pelbagai peringkat diseru agar tidak terlalu panik terhadap apa yang berlaku kepada situasi politik terkini yang melanda parti kerana ia bersifat sementara, ujar Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid. Dalam ciapan di twitternya @presidenumnoazh, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menjelaskan apa yang terjadi kepada parti kini adalah berkemungkinan […]

» Read more

Jangan Lupa Jasa Parti Dan Akar Umbi Yang Memberi Tempat

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak kecewa melihat rakan-rakan seperjuangan lamanya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO. Menurut bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebooknya, terdapat di kalangan mereka dahulunya beliau dan akar umbi UMNO begitu banyak membantu terutamanya dari segi karier politik sehingga menjadi pemimpin. “Kerana kita percaya dan yakin walau […]

» Read more

BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands

LIPIS, 14 Dis – Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C.Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah […]

» Read more
1 4,346 4,347 4,348 4,349 4,350 4,642