Wacana U3.0

KUALA LUMPUR, 18 Disember — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan penerangan isu semasa di dalam Majlis Siaran Langsung Wacana U3.0 di Auditorium UMNO Menara Dato’ Onn sebentar tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Wacana U3.0 Malam Ini Tampilkan Ahmad Zahid Dalam ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO’

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hal berkaitan Presiden UMNO mula dijadikan polemik dalam politik harian sejak berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Selaras dengan itu, Wacana U3.0 akan menampilkan ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’ pada jam 9.00 malam ini. Dalam wacana tersebut, Dr Ahmad Zahid dijangka […]

» Read more

Keadaan Dalam PH Tak Menentu, Kenapa Terburu-buru Melompat?

KUALA LUMPUR,  18 Dis – Datuk Seri Najib Razak menasihatkan ahli Parlimen Barisan Nasional tidak terburu-buru melompat ke Pakatan Harapan (PH) kerana ada banyak ketidaktentuan dalam gabungan parti pemerintah itu. Bekas perdana menteri itu menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagai tidak berprinsip dan “biasanya mereka tidak dapat bertahan lama” kerana akan dihukum pengundi. Katanya, wakil rakyat yang bertanding atas […]

» Read more

Kenang Adib Dengan Mencari Keadilan Untuknya – Khaled

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengajak seluruh rakyat negara ini untuk mengenang pengorbanan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dengan mencari keadilannya untuknya. Jelas beliau, kematian Adib harus ada pembelaan sewajarnya dan tiada sesiapapun yang boleh bertindak di luar batas […]

» Read more

BN Pahang Kekal Utuh Berkhidmat Kepada Rakyat

KUANTAN, 18 Dis – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddinmenegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu untuk terus membela kebajikan rakyat di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan pergolakan politik dalam negara pada masa kini. Mohd Sharkar berkata rakyat juga tidak perlu risau dengan desas desus mengatakan ada di kalangan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan […]

» Read more

Jangan Cetuskan Ketegangan Atas Nama Adib – Khairy

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Rakyat dinasihati agar tidak mencetuskan ketegangan di atas nama allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia semalam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak memberi penghormatan kepada anggota bomba itu dan bersama-sama mendoakan rohnya dicucuri rahmat. […]

» Read more

Pahang Harap Kerajaan Pusat Tetap Harga Lantai Untuk Sawit

KUANTAN, 18 Dis – Kerajaan negeri Pahang mengulangi harapannya agar kerajaan persekutuan menimbang menetapkan harga lantai bagi kelapa sawit berikutan kejatuhan harga komoditi itu menjejaskan pendapatan pekebun kecil di negara ini dengan sebahagiannya di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata jika harga komoditi itu terus jatuh, pendapatan pekebun kecil […]

» Read more

Jenazah Muhammad Adib Selamat Dikebumikan

ALOR SETAR, 18 Dis – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari tadi. Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan […]

» Read more

Tubuh RCI Untuk Siasatan Menyeluruh Termasuk Kenyataan Pembohongan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera dalam insiden rusuhan bulan lalu. Katanya, ia bukan sekadar siasatan jenayah tetapi juga kenyataan pembohongan oleh sekumpulan orang yg menggunakan […]

» Read more

Keadilan Untuk Adib, Pemimpin PH Pencetus Rusuhan Mesti Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim semalam adalah satu tragedi tahun 2018 yang menjadi kesedihan seluruh rakyat Malaysia, kerana Allahyarham bukan cedera terkena kebakaran, bukan juga kemalangan ketika menyelamat, tapi dibelasah teruk oleh perusuh seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa. Selaras dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas […]

» Read more
1 4,343 4,344 4,345 4,346 4,347 4,644