Khaled Ucap Terima Kasih Atas Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi atas di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Menurut beliau, amanah dan kepercayaan ini akan dipikul sebagai mungkin dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. “Saya juga sedar perlantikan saya […]

» Read more

Sahabat Seperjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini. Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

» Read more

Kira-kira 100 Anggota UMNO Dari Enam Negeri Lawat Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini. Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan. “Lebih 100 anggota UMNO hadir mengunjungi Najib hari ini,” kata Mohd Yassin Maan, 77, anggota  veteran UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan.   Menurutnya, pertemuan itu sekadar untuk menziarahi dan bertanya khabar bekas presiden […]

» Read more

Tindakan Kerajaan PH Teruskan Program, Inisiatif Sedia Ada Satu Pengiktirafan Untuk UMNO/BN

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Penerusan segala inisatif dan dasar dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini adalah satu pengiktirafan yang menunjukkan betapa usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini benar-benar memberi manfaat dan memenuhi kehendak serta keperluan rakyat, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang merupakan mantan Menteri Besar Johor melahirkan rasa penghargaan dan […]

» Read more

Malaysia Berhak Kemuka Harga Baharu Air Kepada Singapura – Hasni

JOHOR BAHRU, 10 Julai – Malaysia mempunyai hak untuk mengemukakan kadar baharu harga jualan air mentah yang ditetapkan untuk Singapura, Ketua Pembangkang Johor Datuk Ir Hasni Mohammad. Bekas pengerusi  Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor itu berkata hal berhubung hak itu telahpun disahkan oleh pihak peguam negara. Malah menurutnya semakan semula terhadap kadar jualan sedia ada juga adalah dibenarkan […]

» Read more

UMNO Percaya Proses Pendakwaan Najib Akan Dijalankan Secara Adil

JOHOR BAHRU, 4 Julai – UMNO percaya proses pendakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dijalankan secara adil, menyeluruh dan efektif oleh institusi kehakiman bagi merungkai jawapan yang dicari semua pihak berhubung kebenaran kes terbabit. Bagaimanapun, naib presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap langkah-langkah wajar akan tetap diambil bagi memastikan kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan dihormati, […]

» Read more

Pemuda Sifatkan Wakil Rakyat Khianat UMNO ‘Muka Tembok’

JOHOR BAHRU, 3 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru melahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pemimpin UMNO yang bertaraf Ahli Parlimen yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Ketuanya, Mohd Hairi Md Shah berkata, dalam tempoh beberapa hari ini kita dihidangkan dengan banyak berita mengenai tindakan pemimpin UMNO yang keluar daripada parti dengan pelbagai alasan tersendiri. “Apa pun […]

» Read more

Pemilihan Bahagian Bakri Ditangguh Ekoran Lebihan Undi

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Pemilihan UMNO Bahagian Bakri yang diadakan semalam diputuskan ditangguhkan selepas jumlah undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan. Setiausaha UMNO bahagian Bakri, Othman Taib berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan. “Selepas mendapati terdapat lebihan itu, kita (UMNO Bahagian Bakri) memaklumkannya kepada […]

» Read more

Hishammuddin Sedia Bantu Kepimpinan UMNO Pusat Baharu

KLUANG, 30 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia membantu Majlis Tertinggi baharu parti itu sekiranya diminta berbuat demikian. Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor. “Jika kepimpinan baharu pusat perlukan bantuan saya, saya tidak teragak-agak dan bersedia…saya tidak […]

» Read more

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta Amla Tidak Wajar – Shahrir

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) adalah tidak wajar kerana akta berkenaan tidak seharusnya digunakan untuk parti politik. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia seolah-olah memberi gambaran […]

» Read more
1 384 385 386 387 388 390