Hishammuddin Sedia Bantu Kepimpinan UMNO Pusat Baharu

KLUANG, 30 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia membantu Majlis Tertinggi baharu parti itu sekiranya diminta berbuat demikian.

Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor.

“Jika kepimpinan baharu pusat perlukan bantuan saya, saya tidak teragak-agak dan bersedia…saya tidak akan tinggalkan UMNO.

“Biarpun tidak ditawarkan jawatan, asalkan usaha memulihkan UMNO dapat diusahakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammudin yang juga Anggota Parlimen Sembrong meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi alasan kukuh berhubung pembekuan akaun parti itu.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.