Seluruh Kepimpinan UMNO Ucap Takziah

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli telah memaklumkan Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada hari jumaat jam 7.55 malam, di Hospital King Edward VII. Jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more

Tun Hussein Onn

TUN HUSSEIN ONN (14 Jan 1976 – 28 Jun 1981) LATARBELAKANG Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, […]

» Read more

Dato’ Onn Jaafar

Datuk Onn Bin Datuk Jaafar (11 May 1946 – 26 Ogos 1951) “Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak mendirikan negara merdeka di dalam Malaya ini, maka saya berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan semata-mata mengahdapkan pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata, iaitu hidup hanyalah […]

» Read more

Sejarah Pemuda UMNO

Kekalahan dan kejatuhan pentadbiran British di Tanah Melayu oleh Jepun telah membangkit semangat kepada orang Melayu bahawa kekuatan British tidaklah seberapa. Kesempatan ini telah digunakan sebaiknya oleh UMNO untuk menyemarakkan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan. Semangat tersebut juga telah disemarakkan hingga berjaya menggagalkan Gagasan Malayan Union. Dalam usaha-usaha membebaskan tanah air, jentera UMNO terpaksa diperkuatkan. Diantara lainnya ialah melibatkan tenaga muda […]

» Read more

Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua […]

» Read more

UMNO Perlu Bijak Urus Kepelbagaian Isu Agar Parti Terus Bangkit Dan Dinamik

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO Johor hari ini mengajak seluruh ahli parti untuk bangkit dengan semangat serta pemikiran baru dalam usaha membantu parti terus bergerak ke depan. Setiausahanya Datuk Md Jais Sarday berkata kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu menyerlahkan segala-galanya antaranya kegagalan dalam menangani isu yang dikaitkan dengan Perdana menteri, ketinggalan cara politik baru selain daripada soal […]

» Read more

Mempengerusikan Mesyuarat

JOHOR BAHRU 21 Mei — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Foto-Utusan

» Read more

Pemilihan UMNO Peluang Parti Pamer Kesungguhan Laksana Pembaharuan

JOHOR BAHRU, 22 Mei – UMNO Johor melihat pemilihan parti yang bakal berlangsung adalah peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selaras dengan itu, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang tadi memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan. “Kita (UMNO Johor) […]

» Read more

Penghapusan Tol, Siapa Untung, Siapa rugi? “Akibat Terlanjur Menabur Janji”

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Berikut adalah penerangan dari bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Lokman Adam berkaitan janji-janji dari Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) khususnya berkaitan penghapusan tol: Salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan terutamanya dikawasan bandar adalah janji untuk menghapuskan Tol 100%. Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan […]

» Read more
1 382 383 384 385