Pemilihan Bahagian Bakri Ditangguh Ekoran Lebihan Undi

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Pemilihan UMNO Bahagian Bakri yang diadakan semalam diputuskan ditangguhkan selepas jumlah undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan.

Setiausaha UMNO bahagian Bakri, Othman Taib berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.

“Selepas mendapati terdapat lebihan itu, kita (UMNO Bahagian Bakri) memaklumkannya kepada ibu pejabat UMNO dan kemudian ibu pejabat memutuskan supaya pemilihan berkenaan ditangguhkan.

“Pemilihan semula semua jawatan di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi termasuk Presiden,

Timbalan Presiden serta Naib Presiden akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak,” katanya yang dihubungi hari ini.

Othman berkata persidangan bahagian itu berlangsung di Dewan Yong Sheng, Simpang Jeram, Bakri, mulai 2 petang semalam.

Untuk jawatan Ketua Bahagian, ia menyaksikan saingan tiga penjuru antara Ketua Bahagian Datuk Hassan Johari, Naib Ketua Mohamed Mustafa Abdul Kadir dan anggota biasa, Mohd Fuad Tukirin.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.