Hapus AES Tukar AWAS: PH ‘Hero’ Menipu Rakyat, Siap Tambah Kamera Lagi…

3 Feb – Pemuda UMNO Negeri Johor membidas pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dahulu amat lantang membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi kini diam seribu bahasa. Menurut Ketua Penerangannya, Johan Azam Mohd Yasin, jika sebelum ini antara yang lantang adalah Datuk Mahfuz Omar, Lim Guan Eng, Abdullah Sani Abdul Hamid bahkan termasuk juga Anthony Loke yang kini menjadi Menteri […]

» Read more

PH Keliru Sama Sendiri, Risau Bayang-Bayang BN

MINGGU lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disebabkan bayaran faedah tinggi yang ditanggung negara hampir RM500 juta setahun. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu. 2. Namun dua jam kemudian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau terkejut atas pengumuman pembatalan projek ECRL itu dan […]

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more

Tunku Azizah: Pelantikan Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

PEKAN, 29 Jan – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas. Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang yang berlangsung penuh istiadat di Balairung Seri, […]

» Read more

MySalam: Kerajaan PH Diminta Kaji Lebih Dulu Sebelum Perkenal Dasar Baru

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya terus menerus memperkenalkan dasar baharu tanpa terlebih dahulu membuat kajian yang mendalam, seperti yang dapat dilihat dalam pelbagai kesalahan demi kesalahan berulang dilakukan setakat ini, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pelancaran skim insurans B40 yang dinamakan sebagai “mySalam”. […]

» Read more

Tolak DAP, Tak Pernah Peka, Buta Hal Ehwal Pembangunan Orang Asli

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pemimpin Dap Lim Kit Siang yang sebelum ini membuat satu kenyataan ringkas melalui twitter kononnya peka dan berhasrat jika PH menang di Cameron Highland pada PRK 26hb Januari 2019 nanti akan mengusulkan supaya Orang Asli akan diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia. Soalnya, apakah selama ini Kit […]

» Read more

Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang

PEKAN, 15 Jan – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Bandar Diraja ini diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh […]

» Read more

Lantik Eric Paulsen Langkah Sumbang – Reezal Merican

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan. Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai […]

» Read more

Apa Yang BN Buat Dulu Terbukti Betul…Baru PH Tahu Pentingnya Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Fenomena menghina Institusi Raja-raja Melayu semakin menjadi-jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah apatah lagi mereka dilihat tidak tegas mengambil tindakan dalam hal ini. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sekarang baru Kerajaan PH tahu betapa pentingnya Akta Hasutan. “Sebab itu pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik moratorium Akta […]

» Read more

Kerajaan PH Diminta Tegas Tangani Perbuatan Hina Institusi Raja Berperlembagaan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan setiap instrumen undang-undang yang wujud dan mengukuhkan penguatkuasaannya demi mengangkat dan memelihara martabat institusi Raja Berperlembagaan Malaysia dan ketenteraman bersama. Katanya, pihak berwajib, terutama sekali pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu untuk mengambil tindakan yang tegas serta efektif […]

» Read more
1 367 368 369 370 371 375