Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng

JOHOR BAHARU 7 Mac–Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah bersama kepimpinan Pemuda UMNO, MIC, MCA & PAS hari ini mengambil pendirian dan sepakat membuat laporan Polis bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini menggambarkan perpaduan ummah di antara UMNO-PAS sebagai ‘perang’ kepada orang bukan Melayu merupakan satu […]

» Read more

PH Harus Bertanggungjawab: Janji Wujudkan Peluangkan Pekerjaan… Tapi Ramai Diberhentikan

JOHOR BAHRU, 4 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) haruslah bertanggungjawab terhadap janji yang telah mereka ikrarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan seterusnya menunaikan janji tersebut, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah. Katanya, PH Johor telah berikrar akan mewujudkan 200 ribu peluang pekerjaan di negeri terbabit tetapi persoalannya kenapa sehingga hari ini tidak […]

» Read more

Tetapkan Harga Mampu Beli, Bukan Kurangkan Kuota Bumiputera

KUALA LUMPUR 4 Mac – Kerajaan Negeri Johor tidak sepatutnya tunduk dengan sebarang desakan untuk mengurangkan kuota bumiputera bagi lot industri di negeri itu. Sebaliknya, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan memberitahu, mereka seharusnya menggesa pemaju menetapkan harga jualan mampu beli sebelum meluluskan sebarang projek pembangunan. “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor membuat keputusan untuk mengurangkan kuota bumiputera bagi […]

» Read more

Banyak U-Turn, Bercanggah… Firma Penyelidikan Dakwa Kerajaan PH Hadapi Krisis Keyakinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Sebuah firma penyelidikqn Citrine One Sdn Bhd menyimpulkan berlaku krisis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan rakyat keliru terhadap dasar kerajaan, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, kerajaan PH Terlalu banyak ‘U-turn’, percanggahan dan menteri pula tidak seragam sesama sendiri. “Kerajaan PH masih diselubungi oleh sindrom penafian […]

» Read more

PH Tadbir Negara Tanpa Hala Tuju, Sembilan Bulan Masih Penuh Dengan Alasan

KUALA LUMPUR, 26 Feb- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang semenjak mentadbir negara tetapi tidak ada hala tuju dan perancangan yang nyata selain hanya memperlihatkan kepada rakyat pentadbiran yang kucar-kacir. Katanya, sepanjang lebih sembilan bulan mengambil alih kerajaan, reputasi PH sebenarnya tiada apa-apa nak dibanggakan selain hanya tahu memusnahkan negeri-negeri […]

» Read more

Tun M Hilang Formula Ajaib… Yang Timbul Kerajaan Kakistokrasi – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini kehilangan formula ajaibnya dalam mentadbir serta menguruskan negara. Jelasnya, ini tidak sebagaimana yang diharapkan sebahagian besar rakyat yang menjadikan Dr. Mahathir sebagai harapan apabila memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. “Sebahagian besar […]

» Read more

Kos Sara Hidup Tinggi, Tadbir Urus Bercelaru… Alasan Kukuh Tolak PH Di Semenyih

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Penipuan dan pembohongan sudah menjadi kebiasaan bagi Pakatan Harapan (PH) sejak menerajui pentadbiran negara yang bermula dari janji manifesto tidak tertunai hinggalah tadbir urus kerajaan yang bercelaru, bidas Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Haryaty Hamdzah. Jelasnya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah masa terbaik untuk rakyat khususnya pengundi di kawasan […]

» Read more

Dasar PH Tidak Realistik, Pemimpin Diseliputi Isu Integriti… Jangan Salahkan Rakyat – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 18 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin amat berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat dan menerima dengan terbuka bahawa mentaliti menyalahkan orang lain masih menebal, malah semakin teruk di kalangan kabinet kerajaan. Bidasnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi bersikap segala-galanya salah orang lain. “Sedangkan sangat jelas, selepas sembilan bulan pentadbiran PH, […]

» Read more

Sijil Akademik Palsu Pemimpin PH, Penjelasan Perlu Dibuat Pihak Berkaitan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa kesal berkaitan episod berlarutan penipuan sijil dan kelayakan akademik pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan hari ini apabila dalihan demi dalihan yang dikeluarkan oleh mereka yang dituduh. Justeru, bagi menjelaskan dan mematikan isu ini, beliau meminta agak pihak yang diheret dan terpalit mesti tampil dan […]

» Read more

Kerajaan ‘Kakistokrasi’ : Harapan Tinggal Harapan – Khaled

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Apabila Pakatan Harapan memenangi PRU-14 dan Tun Mahathir dipilih untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, pengundi PH sangat yakin bahawa Tun Mahathir mempunyai ‘the magic formula’ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia. Tun Mahathir Gagal Malangnya, setelah 9 bulan, ternyata harapan hanya tinggal harapan. Rakyat Malaysia tidak merasai perubahan yang dijanjikan. Harga barang tidak […]

» Read more
1 366 367 368 369 370 375