Meninjau Lokasi HPU914

Kuala Lumpur, 9 September — Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan meninjau lokasi acara selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di PWTC tengahari ini. Turut bersama Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzzaman Mohamad dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan. Foto – MediaUMNO

» Read more

Ke Arah Hari Bersejarah

Kuala Lumpur, 9 September — Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di PWTC tengahari ini. Turut bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzzaman Mohamad dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan. Foto – MediaUMNO

» Read more

Daripada Kecam Rakyat Pemalas, Lebih Baik Tun M Baiki Prestasi Jemaah Menterinya – Subash

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Setiausaha Penerangan MIC Pusat, Subash Chandrabose membidas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengecam rakyat sebagai pemalas. Tegasnya, daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berterusan mengutuk rakyatnya, adalah lebih baik jika Tun Mahathir membaiki ekonomi negara yang semakin teruk di bawah PH hasil fitnah mereka sendiri. “Tun! Cukup! Jangan kecam abang-abang dan adik-adik saya […]

» Read more

Mukhriz Ikut Jejak Langkah Guan Eng, Hutang Jadi Sandiwara

ALOR SETAR 7 Sept. – Kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu terbeban kerana terpaksa menanggung hutang yang tinggi mencecah RM2 bilion warisan daripada kerajaan terdahulu adalah tidak bertanggungjawab. Hal demikian kerana Menteri Besar itu adalah sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd. Johan Rizal Syed […]

» Read more

Kempen Utama Produk Muslim Berjaya Pecah Oligopoli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Sept. – Kempen utamakan produk Muslim dilihat mampu memecahkan oligopoli ekonomi iaitu konsep perniagaan yang dikuasai oleh kumpulan peniaga tertentu. Justeru, kesan daripada pemecahan oligopoli ekonomi, dominasi kawalan harga juga dapat dihapuskan sedikit demi sedikit sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna. Menurut Peguam dan Penganalisis Politik, Adnan Seman, kempen memperkasakan ekonomi bumiputera adalah sangat baik untuk negara. […]

» Read more

#HPU914: Inklusif Untuk Semua, Piagam Sebagai Tatakelola Kerja Lebih Mantap – Mohamad

  RANTAU 31 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata piagam penyatuan ummah ini adalah rangka kerja terhadap penubuhan jawatankuasa sekiranya ada apa-apa berlaku. Katanya, apabila piagam kerjasama ini dimeterai pada 14 september, segala slogan penyatuan ummah ini akan ditukar dan menampakkan lagi inklusif kerana ia melibatkan semua bangsa yang ada di negara ini. “Selepas ini tidak […]

» Read more

Kerajaan Perlu Bertegas Dengan Pihak Anti – Jawi

ALOR SETAR 26 Ogos – Kerajaan harus bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang membantah pengajaran Jawi di sekolah jenis kebangsaan yang semakin melampau. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, jika dibiarkan, dikhuatiri bantahan itu akan terus berlarutan sehingga di luar kawalan. Katanya, situasi itu dapat dilihat menerusi himpunan bantahan di Brickfields, Kuala Lumpur, […]

» Read more

Dr Zakir Naik Mangsa Persepsi Politik Rasis… Jangan Risikokan Ilmuwan Islam Kerana Tekanan Politik

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Ramai pihak melatah dengan isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik tetapi mampu pula bersikap apologetik terhadap pihak rasis seperti Dong Zong yang telah berakar hampir berdekad lamanya di Malaysia biarpun YAB Perdana Menteri sendiri mengakui hakikat ini dan ianya bukanlah suatu khilaf atau kesilapan. Demikian bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina […]

» Read more

Kalau Melayu Islam Rasis, Jangan Harap Ada Bangsa Lain di Negara Ini – Musa Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata, sekiranya orang Melayu Islam ini rasis, maka tidak akan ada satu bangsa lain pun yang akan wujud di negara ini melainkan Melayu Islam. Namun katanya, kerana kemurnian dan keikhlasan yang diajar oleh agama Islam, maka orang Melayu sanggup berkongsi dan memberikan hak mereka kepada bangsa lain. […]

» Read more
1 356 357 358 359 360 374