COVID-19: 1,247 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Tertinggi

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Sebanyak 1,247 kes baharu COVID-19 dan tiga kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan Selangor terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 101,565 kes manakala jumlah […]

» Read more

COVID-19: KKM Laksanakan Semua Langkah Penting

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan ia telah mengambil semua langkah penting dalam menjangkakan beberapa unjuran yang dilakukan oleh pelbagai organisasi antarabangsa mengenai situasi pendemik COVID-19 di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan hari ini berkata pada fasa awal pandemik, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan jumlah kes COVID-19 pada pertengahan […]

» Read more

Fokus PRU-15 Dengan Menguatkan Solidariti Sesama Kita – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan pentingnya untuk anggota parti fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan menguatkan solidariti. “Tiada guna jika ada jawatan dalam parti kalau kita kalah dalam pilihan raya dan tiada kuasa. Fokus sepenuhnya kepada PRU-15 dan kuatkan solidariti sesama kita,” katanya. Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen […]

» Read more

Saarani Umum Portfolio Exco Perak

IPOH, 23 Dis – Datuk Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pada 10 Dis lepas, hari ini mengumumkan portfolio kesemua 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik baru-baru ini. Katanya beliau yakin setiap Exco berkenaan berkemampuan memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka membela nasib rakyat. “Ini adalah tim baharu, jadi tidak timbul […]

» Read more

KWP Cadang Tukar Nama Jalan Eaton ke Jalan Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Sumbangan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah adalah sangat besar dan tidak ternilai dan pastinya ramai yang menangisi kematian beliau selain meninggalkan kesan cukup mendalam kepada rakyat Malaysia. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, bagi mengenang sumbangan Allahyarhamah, cadangan untuk menukar Jalan Eaton kepada Jalan Tun Hajah Rahah telah dimajukan setelah mengambil kira […]

» Read more

COVID-19: 1,153 Kes Baharu, Selangor Kekal Catat Kes Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan empat digit apabila 1,153 kes baharu direkodkan hari ini dan Selangor kekal melaporkan kes baharu tertinggi dengan 401 kes dalam tempoh 24 jam lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak […]

» Read more

Orang Ramai Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarhamah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini. Mereka hadir sejak awal pagi sebelum dibenarkan masuk pada 9‬ pagi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk perlu mengisi butiran lengkap dan semakan suhu badan. Bagi […]

» Read more

Bekalan Vaksin, Tumpuan Hari Terakhir Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perihal berkaitan bekalan vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer, antara tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung kos, keberkesanan, dan liputan vaksin, khususnya tempoh imuniti serta […]

» Read more

Pelan Rancangan Pulih Aliran Tunai Felda Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang korporat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), merupakan antara isu yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Perdana Menteri. Khoo Poay Tiong […]

» Read more

Lebih 24,000 Penerima Bantuan Kewangan JKM Di Melaka

MELAKA, 11 Dis – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka telah memberi bantuan kewangan bulanan kepada 24,530 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah merupakan penerima bantuan kewangan paling ramai iaitu […]

» Read more
1 333 334 335 336 337 360