Pindaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 Perlu Restu DUN Sarawak Terlebih Dahulu

KUALA LUMPUR, 4 April – Blok pembangkang hari ini sepakat menyokong Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bagi membantah cadangan pindaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 Perkara 1 (2). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pindaan tersebut tidak perlu dibentangkan sekarang dalam keadaan terburu-buru malah beliau merasakan pindaan yang hendak dilakukan itu seolah-olah mepermainkan Perlembagaan. “Blok pembangkang bersetuju bahawa pindaan […]

» Read more

Perjanjian Statute Rome : Kerajaan Diminta Beri Penjelasan, Apa Tujuan Dan Matlamat?

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menandatangani perjanjian Rome Statute adalah suatu tindakan yang terburu-buru dengan pertimbangan yang tidak munasabah. Bidasnya juga, pada masa yang sama kerajaan telah gagal untuk menerangkan kepada umum apakah tujuan dan matlamat utama Malaysia menandatangani perjanjian tersebut. Menurut beliau antara intipati penting […]

» Read more

Jika Benar Wujud ‘Rule Of Law’, Dedah Segera Hasil Siasatan Terowong Dasar Laut

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pengamal Undang-undang, Zamri Mohd Isa berkata, sekiranya benar kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) mengamalkan sikap ketelusan dan ‘rule of law’ itu benar-benar wujud, maka seharusnya rakyat dimaklumkan berkaitan siasatan isu penuh kontroversi pembinaan terowong dasar laut. Jelas beliau, kes terowong dasar laut yang dulunya sedang dibicarakan tiba-tiba ‘lupus’ setelah kerajaan diambil-alih oleh PH malah ramai […]

» Read more

Pas Sokong Penuh Zakaria Hanafi, Undi BN Untuk PRK Semenyih… Tegas Tuan Ibrahim

SEMENYIH, 1 Mac – “Saya berdiri malam ini untuk menyatakan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian bahawa Pas dan seluruh ahli serta para pengundi menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.” Demikian penegasan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memulakan ucapan pada Ceramah Perdana anjuran bersama UMNO dan […]

» Read more

PH Tadbir Negara Tanpa Hala Tuju, Sembilan Bulan Masih Penuh Dengan Alasan

KUALA LUMPUR, 26 Feb- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang semenjak mentadbir negara tetapi tidak ada hala tuju dan perancangan yang nyata selain hanya memperlihatkan kepada rakyat pentadbiran yang kucar-kacir. Katanya, sepanjang lebih sembilan bulan mengambil alih kerajaan, reputasi PH sebenarnya tiada apa-apa nak dibanggakan selain hanya tahu memusnahkan negeri-negeri […]

» Read more

Skil Berkomunikasi Penting, Tapi Jangan Terlalu Teruja…

SEMENYIH, 23 Feb – “Komunikasi ini periuk nasi orang politik, kalau tidak pandai berkomunikasi, tidak perlulah jadi calon,” bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau berkata demikian ketika berceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di PDM Rinching malam tadi. “Calon PH di Semenyih ini saya nak cakap pun….mmm…. saya rasa […]

» Read more

Calon PH Pejuang Hospital Untuk Semenyih…? Satu Lagi Janji Palsu Ditabur

SEMENYIH, 20 Feb – Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz membidas calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yang menabur janji akan memperjuangkan pembinaan hospital di kawasan terbabit jika menang. Beliau menyifatkan itu adalah satu lagi janji palsu yang cuba digula-gulakan kepada rakyat. “Janji manis calon PH Aiman […]

» Read more

Antara Undi Tidak Percaya Dan Propaganda Malu Besar Di Semenyih

Sebenarnya, isu mudah. UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka. Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi. Maka untuk memastikan undi berpecah dan berpihak kepada PH, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba berpropaganda di PRK Semenyih kononnya PAS tidak sokong BN. Tetapi ianya terlalu awal di […]

» Read more

Najib Razak : Fenomena Mampan Atau Bebanan?

Sejak beberapa bulan lalu negara ini dilanda satu fenomena luar biasa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara – FENOMENA NAJIB RAZAK. Dalam masa sekitar sembilan bulan, Perdana Menteri Keenam Malaysia ini, Dato’ Sri Mohd Najib Razak, telah merubah lanskap politik negara. Selepas kalah dan hilang jawatan, dalam sebuah negara yang hampir 70% penduduknya “gila” media sosial, Mohd Najib […]

» Read more
1 331 332 333 334 335 342