Purata Pendapatan Penduduk Luar Bandar Meningkat 34.5 Peratus Dalam Tempoh 17 Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Purata pendapatan penduduk luar bandar di Malaysia meningkat 34.5 peratus dalam tempoh 17 tahun, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan pendapatan penduduk luar bandar daripada RM1,729 pada 2002 kepada RM5,004 pada 2019. Katanya penduduk luar bandar juga mencatat peningkatan dalam aspek liputan bekalan air […]

» Read more

Hanya Manifesto BN Bukan Retorik, Tegas Norshida

MELAKA, 14 Nov – Wanita UMNO yakin manifesto yang dirangkum membabitkan semua aspek termasuk pentadbiran kukuh, pemacuan ekonomi dan kelestarian yang harmoni dengan memastikan kestabilan demi kemakmuran secara bersama. Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim, pada kali ini Barisan Nasional (BN) telah menggariskan manisfestasi yang berfokus kepada golongan sasar khususnya kepada pengundi-pengundi di Melaka agar membuat pemilihan […]

» Read more

Lima Atau Tiga Penjuru? Yang Penting Cerita Apa Nak Buat Di Paya Rumput

TANGGA BATU, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yassin berpandangan berapa penjuru sekalipun di kawasan berkenaan, apa yang penting adalah apa yang hendak dibawa oleh seseorang calon untuk sesuatu kawasan yang ditandingi. Baginya lima penjuru di Paya Rumput Pada Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka 20 November nanti merupakan proses demokasi dan […]

» Read more

Keupayaan Calon Wanita BN Mampu Tandingi Calon Lain – Suhaila

KUALA LUMPUR 12 Nov – Ketua Penerangan Wanita UMNO Selangor, Suhaila Datuk M Zin berkata langkah pucuk pimpinan meletakkan kepercayaan kepada lima calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan kepimpinan wanita negeri tersebut diberi kepercayaan untuk bersama-sama menjadi jentera hadapan BN dan seterusnya berkhidmat untuk rakyat. Justeru katanya jentera Wanita UMNO dan BN bergerak dengan tahap yang maksimum […]

» Read more

Kuasai Media Sosial, Manfaat Lawan Fitnah Janji Bulan Bintang – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Wanita UMNO bukan hanya jentera penggerak kempen untuk meraih undi atau berjalan dari rumah ke rumah mencari pengundi sebaliknya peranan mereka lebih dari itu termasuklah mampu menguasai media sosial yang bakal menjadi manfaat melawan fitnah pihak lawan yang menabur janji bulan bintang. Demikian tegas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dengan gesaan agar […]

» Read more

Promosikan 3 Perkara, Calon BN, Rekod Baik BN Tadbir Negeri Dan Kejayaan BN Pada Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa jentera parti dan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tiga perkara dalam kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Katanya, tiga perkara yang perlu dilakukan ialah promosikan calon-calon BN, promosikan rekod baik ketika BN mentadbir Melaka dan mempromosikan kejayaan-kejayaan BN ketika menjadi kerajaan Persekutuan Malaysia. “Jadi dengan tiga […]

» Read more

Calon Berkarisma… Gerakkan Pelbagai Medium, BN Optimis Untuk Kemenangan – Exco Wanita

  KUALA LUMPUR, 9 Nov – Exco Wanita UMNO Malaysia, Zarina Abdol Majid sangat yakin dan optimis dengan usaha secara holistik dan bersepadu, Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan mempertahankan kawasan sedia ada malah kawasan tumpuan akan dapat peroleh kemenangan semula. Tegasnya, kesemua Jentera Barisan Nasional (BN) khususnya jentera Wanita UMNO akan bergerak mengikut SOP yang telah ditetapkan mengikut Akta […]

» Read more

Jangan Alpa Bekalan Masa Depan, Pemulihan Mata Pencarian Perlu Diutamakan – Norshida

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata pihaknya amat prihatin dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung simpanan pencarum di dalam agensi berkenaan. Menurut beliau kenyataannya yang menyebut sebanyak 46% ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dan paling membimbangkan nisbah pencarum kaum Melayu […]

» Read more
1 331 332 333 334 335 374