Ahli Parti Mainkan Peranan Perkukuhkan Kembali UMNO

KUALA LUMPUR,  5 Jun – Ketua UMNO Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman yakin dan percaya ahli parti di akar umbi dan pelbagai peringkat lain memainkan peranan penting dalam menjadikan UMNO tidak terus dibuai mimpi kekalahan pada Pilihan raya Umum (PRU-14) yang lalu. Katanya soal kalah dan menang adalah adat bertanding namun apa yang penting pada hari ini adalah UMNO terus […]

» Read more

Salleh Galas Tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 5 Jun – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat pengumuman itu berkata perkara itu diputuskan dalam perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Sabah semalam. Salleh yang juga Bendahari UMNO mengambil alih tugas […]

» Read more

Calon Peguam Negara Sebaik-baiknya ‘Peduli Raja, Peduli Islam’

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Unit Komunikasi Strategik UMNO berpandangan perkembangan mutakhir yang memperlihatkan isu pemilihan Peguam Negara perlu dilaksanakan secara bijak dan berhemah selaras dengan kepentingan dan kemaslahatan agama Islam. Menurutnya lagi, ia juga harus melalui proses tanggungjawab meluas dalam kerjaya undang-undang kekananan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan. “Sesuai dengan perkembangan kesedaran agama yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan […]

» Read more

Hormati Yang di-Pertuan Agong Untuk Lantik Peguam Baru, Ambil Kira Kemaslahatan Islam – PPMM

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak agar semua pihak perlu menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenaan pelantikan peguam negara yang baru. Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar melihat ruang untuk YDPA membuat keputusannya mengikut ‘at the pleasure of Yang Di Pertuan Agong’ menurut Perkara 145(5) yang mana Peguam Negara memegang jawatan dengan perkenan YDPA […]

» Read more

Johari Abdul Ghani Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 30 Jun ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Johari berkata beliau telah menganggotai UMNO sejak 1988, memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa selama lapan tahun, menganggotai Majlis Tertinggi UMNO, […]

» Read more

Pemilihan UMNO Umpama Pertandingan Dalam Keluarga Untuk Perkukuh Permuafakatan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya pemilihan untuk pelbagai jawatan yang dipertandingkan pada kali ini di dalam parti umpama pertandingan di dalam sebuah keluarga. Justeru katanya adalah penting agar saf perpaduan dan permuafakatan yang padu dapat ditingkatkan dan bukannya boleh menjejaskan lagi perpaduan di dalam UMNO agar parti terus bangkit dalam masa terdekat. […]

» Read more

Yang Sebenarnya Ada, Krisis Pakatan Harapan

Apa yang sedang berlaku sebenarnya antara Putrajaya dan Istana Negara dalam soal pelantikan Peguam Negara? Apakah kita sedang di ambang krisis antara eksekutif dan raja berperlembagaan? Atau apakah sebenarnya ada krisis lain yang sedang bergolak di bawah radar? Namakanlah ia apa saja – politik tunjuk kuasa atau politik rebut kuasa, krisis tetap krisis. Terlepas daripada semua itu, apa yang pasti, […]

» Read more

Khaled Tawar Diri Bertanding Naib Presiden UMNO, Tekad Kembalikan Kepercayaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang. Jelas beliau, walaupun tidak mempunyai ‘sifir ajaib’ bagaimana segala masalah UMNO dapat dibetulkan dengan mudah dan segera tetapi beliau berjanji akan terus berpaksi kepada pegangan dan keyakinan untuk membantu […]

» Read more

Ahli Wanita Harus Berani Membawa Pembaharuan Dan Perubahan Bagi Bina Kembali UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru agar seluruh jentera pergerakan tersebut berani membawa pembaharuan dan perubahan untuk disusun dengan baik bagi menjalin semula kebangkitan parti keramat ini ekoran dari kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, bersempena dengan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO bahagian-bahagian yang sedang […]

» Read more

Pencalonan Untuk Peguam Negara Mesti Berkredibiliti, Ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memandang berat tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan pengamal undang-undang Tommy Thomas, sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Ketuanya, Aminuddin Yahaya melihat pelantikan tersebut menimbulkan keraguan berkenaan konflik kepentingan kerana Tommy Thomas adalah peguam yang mewakili Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagi prosiding komital dalam […]

» Read more
1 2,717 2,718 2,719 2,720 2,721 2,730