Annuar Utarakan Tujuh Akujanji Untuk Bantu Presiden Pastikan UMNO Kembali Bangkit

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Tan Sri Annuar Musa menggariskan tujuh akujanjinya untuk membantu Presiden UMNO Malaysia jika diberikan kepercayaan oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai Timbalan Presiden parti pada 30 Jun, Sabtu ini. Tujuh akujanji Annuar itu ialah menjadi Panglima Kanan, membantu Ketua Pembangkang, melaksana pembaharuan pengurusan UMNO, jelajah seluruh negara, melaksana semula pentarbiyahan intensif, pengkaderan serta suntikan doktrin […]

» Read more

Gabungan Pemimpin Lama Dan Baru Kombinasi Terbaik Pastikan UMNO Kembali Bangkit

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata pengalaman orang lama dan idea pemimpin muda adalah antara kombinasi terbaik dalam usaha pembaharuan dan pemulihan UMNO pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini. Jelas beliau, gabungan barisan pemimpin dua aliran generasi itu adalah formula ampuh dalam memastikan parti kembali bangkit dan membina semula keyakinan rakyat. […]

» Read more

Mustapa Harap Akan Ada Wakil Kelantan Dalam Kabinet PH

KOTA BHARU, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan ada wakil Kelantan dalam kabinet kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan aspirasi rakyat negeri ini dapat dimajukan ke peringkat pusat. Beliau berkata walaupun terdapat banyak saluran lain untuk mengutarakan pelbagai hal berkaitan negeri ini tetapi perwakilan secara langsung dalam kabinet adalah penting dalam memastikan […]

» Read more

UMNO Sabah Masih Relevan, Namun Perlu Diubah Suai

KOTA KINABALU, 27 Jun – UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah relevannya kepada ahli dan pengundi untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kata calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau berkata dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO di Sabah tidak lagi relevan adalah tidak tepat kerana masih ramai anggota parti yang menghadiri setiap mesyuarat perwakilan yang diadakan di […]

» Read more

Politik UMNO Kini Berorientasikan Politik Isu – Zahid

ALOR SETAR, 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan politik yang berunsurkan pembangunan dan perkhidmatan mungkin akan berubah kepada politik isu kerana UMNO hari ini adalah pemantau kepada seluruh rakyat Malaysia. “Ditakdirkan saya dipilih sebaga ketua pembangkang nanti saya akan menentukan bahawa setiap ahli parlimen kita mempunyai kualiti di […]

» Read more

Ambil Pengajaran Perang Uhud Untuk UMNO Bangkit

KANGAR 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuntik semangat ahli UMNO agar mengambil sirah kekalahan sementara tentera Islam pada peperangan Uhud satu ketika dahulu untuk dihayati secara mendalam untuk dijadikan landasan kebangkitan parti. Menurut beliau jika dikaji pada peperangan berkenaan tentera Islam mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenanginya namun disebabkan […]

» Read more

BN Selangor Dijangka Namakan Ketua Pembangkang Untuk DUN

SHAH ALAM, 26 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka  mempunyai  Ketua Pembangkang pada penggal ini selepas Barisan Nasional (BN) negeri dipercayai akan melantik seorang wakil rakyatnya ke jawatan itu yang kosong sejak Disember 2014. Menurut Anggota Dewan Undangan (ADUN) Sungai Tawar  Rizam Ismail, beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh pucuk pimpinan BN Selangor yang menamakan beliau sebagai antara calon yang akan dilantik  ke jawatan berkenaan. “Setakat ini belum ada keputusan rasmi,” katanya selepas majlis  Mengangkat  Sumpah Jawatan ADUN pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN ke-14 di sini, hari ini. […]

» Read more

Pemberian Autonomi Politik Kepada UMNO Sabah, Manifesto KJ

SANDAKAN, 26 Jun – Pemberian autonomi politik kepada UMNO Sabah menjadi manifesto calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata ia termasuklah membabitkan jawatan Naib Presiden untuk wakil dari UMNO Sabah. Pemilihan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah juga akan ditentukan oleh negeri ini sendiri dan penurunan kuasa pentadbiran antaranya membabitkan disiplin. “Kedudukan Sabah diiktiraf berbeza dengan negeri lain terutama ketika menubuhkan Malaysia […]

» Read more

Pelantikan Speaker DUN : UMNO Kedah Sedia Berunding

ALOR SETAR, 26 Jun – UMNO Kedah bersedia untuk berunding dengan semua yang berkenaan berhubung pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh pucuk pimpinan  UMNO Kedah. “Saya telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kita akan buat keputusan terbaik dan tepat […]

» Read more

PH Dan Dap Mirip Bergerak Ke Sistem Republik

KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO memandang serius tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat sebagai langkah awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH), khususnya Dap untuk mencabar kewujudan Akta Hasutan 1948, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Sehubungan itu, katanya UMNO menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya memperhalusi tindakan bagi memelihara keharmonian negara. “Sebagai Perdana Menteri, […]

» Read more
1 2,704 2,705 2,706 2,707 2,708 2,731