Annuar Utarakan Tujuh Akujanji Untuk Bantu Presiden Pastikan UMNO Kembali Bangkit

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Tan Sri Annuar Musa menggariskan tujuh akujanjinya untuk membantu Presiden UMNO Malaysia jika diberikan kepercayaan oleh perwakilan cawangan dan bahagian sebagai Timbalan Presiden parti pada 30 Jun, Sabtu ini.

Tujuh akujanji Annuar itu ialah menjadi Panglima Kanan, membantu Ketua Pembangkang, melaksana pembaharuan pengurusan UMNO, jelajah seluruh negara, melaksana semula pentarbiyahan intensif, pengkaderan serta suntikan doktrin perjuangan parti, membina rangkaian strategik, dan membina kembali kekuatan parti.

“Pengalaman saya selama 30 tahun sebagai Ahli Kabinet, Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Dewan Negara semoga dapat membantu Presiden dan parti UMNO kita.

“Marilah kita bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani.”

Tujuh akujanji Annuar membantu Presiden UMNO Malaysia seperti berikut:

1. Menjadi Panglima Kanan
– Timbalan Presiden mesti menjadi orang kanan terkuat kepada Presiden, mesti bekerja lebih kuat daripada Presiden, lebih bertenaga, lebih lantang, bertindak lebih berani, menasihati tanpa takut dan memihak, sentiasa membantu dengan lebih berhemat dan kebijaksanaan.

2. Membantu Ketua Pembangkang
– Merancang, susun strategi untuk bentuk blok Pembangkang berwibawa supaya dapat bawa suara dan aspirasi rakyat ke Dewan Parlimen dengan berkesan.

3. Melaksana Pembaharuan Pengurusan UMNO
– Membantu Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) kaji dan sediakan cadangan untuk perubahahan besar
seperti rombakan cara pemilihan, pengurusan dan pentadbiran, agihan kuasa kepada MT dan cari jalan perkukuh keupayaan cawangan-cawangan untuk bergerak.

4. Jelajah Seluruh Negara
– Mengatur jelajah seluruh negara untuk memberi inspirasi, ajak ahli parti supaya bangkit menjiwai dan sayangi perjuangan parti, bergerak sebagai pasukan aktivis dan pejuang yang kuat lagi disegani.

5. Gerakan Tarbiah dan Kaderisasi
– Melaksana semula pentarbiahan intensif, pengkaderan dan suntikan doktrin perjuangan parti supaya UMNO kembali kuat.

6. Membina Rangkaian Strategik
– Membantu Presiden meluaskan rangkaian supaya UMNO dapat menjadi pembangkang yang kuat, mantap dan selanjutnya boleh mengambil alih kerajaan.

7. Membina Kembali Kekuatan Parti
– Membantu Presiden kembalikan kekuatan UMNO dengan segera merapat dan memperkukuhkan saf pejuang-pejuang UMNO supaya tidak lagi terbuai-buai, tidak terarah dan hilang keyakinan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.