Kewujudan Tabung Harapan Terus Dipersoal, Sekadar Kaburi Mata Rakyat

SHAH ALAM, 26 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam terus menimbulkan persoalan kewajaran penubuhan Tabung Harapan Negara yang ditubuhkan kerajaan baru kerana sebelum ini ekonomi negara ditinggalkan dalam keadaan baik dan rezab negara yang tinggi. “Kita tinggalkan negara ekonomi bagus dan cemerlang… rezab RM438 bilion dan […]

» Read more

Tambah Baik GLC Untuk Bergerak Ke Depan, Bukan Undur Ke Belakang- KJ

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu ditambah baik untuk melaksanakan strategi memandang ke hadapan, dan bukan mengundur ke belakang,” kata Khairy Jamaluddin susulan berita ahli lembaga pengarah (BoD) cabang pelaburan strategik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, menawar diri untuk meletak jawatan. Ahli Parlimen Rembau (MP) itu berkata beliau tidak terkejut terhadap tindakan yang diambil oleh ahli lembaga […]

» Read more

Lima Taman Perindustrian Nikmati Pengecualian Cukai

KUANTAN, 26 Julai – Kerajaan negeri Pahang memberikan pengecualian cukai kepada lima taman perindustrian di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Taman perindustrian itu ialah Taman Automotif Pekan, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 1 dan 2, Taman MCKIP 3, Taman Industri Halal Gambang dan Taman Teknologi Pahang. “Tempoh pengecualian cukai ini berbeza-beza seperti MCKIP diberikan […]

» Read more

Tahun Melawat Pahang 2017 Tidak Gagal

KUANTAN, 26 Julai – Kerajaan Negeri Pahang hari ini menegaskan Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 bukan satu program yang gagal, walaupun tidak mencapai sasaran pelancong yang diingini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata TMP 2017 telah berjaya meningkatkan kehadiran pelancong dalam jumlah yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Katanya, kehadiran pelancong pada […]

» Read more

Kerajaan PH Jangan Ambil Pendekatan Salahkan Segala-Galanya Kepada Kerajaan Terdahulu – Najib

  KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan agar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan pendekatan penyalahkan segala-galanya kepada kerajaan terdahulu hanya kerana mereka gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto. Jelas beliau, kerajaan PH juga harus menyedari bahawa tidak semua yang kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) buat itu perlu dibatalkan atau dikaji […]

» Read more

Saya Cabar Buktikan UMNO Terima Duit 1MDB – Pasir Salak

KUALA LUMPUR, 26 Julai – “Saya cabar sesiapa sahaja daripada kamu (pemimpin PH) untuk tunjukkan bukti yang UMNO ada terima duit daripada 1MDB. Lepas ini siapa yang bercakap sila tunjuk bukti,” tegas Ahli Parlimen Pasir Salak. Beliau berkata demikian ketika membahas titah ucapan Diraja di Dewan Rakyat. Menurut Tajuddin, para pemimpin PH telah sewenang-wenangnya membuat tuduhan tersebut sedangkan hakikatnya mereka […]

» Read more

Najib Nafi Dakwaan Cetus Huru-Hara, Panggil Mesyuarat MKN Pada Malam 9 Mei

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau telah memanggil mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei berikutan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14. Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata beliau tidak menpunyai sebarang niat untuk mencetuskan huru-hara pada malam tersebut. “Sebelum ini telah timbul tuduhan dan […]

» Read more

Perlis Bukan Negeri Wahabi – Raja Perlis

PADANG BESAR, 26 Julai – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah negeri yang mengamalkan ajaran Wahabi seperti didakwa pihak tertentu. Titah baginda Perlis tetap berpegang kepada Sunnah Waljamaah iaitu mengguna pakai keempat-empat mazhab, berbeza dengan beberapa negeri lain yang mengamalkan Sunnah Waljamaah bermazhab. “Beta ingin mengulangi dan menegaskan bahawa Perlis tidak mengamalkan (ajaran) Wahabi yang mengikut […]

» Read more

Kerajaan PH Sebenarnya Tersepit Dengan Janji Sendiri

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sudah semakin tersepit dengan janji-janji manis mereka yang menelan kos besar sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencipta alasan untuk mengelakkan dari menunaikan janji. Jelas beliau, alasan terbaik yang mereka temui adalah dengan menyalahkan kerajaan terdahulu. “Sebenarnya ia tidak boleh dijadikan alasan. […]

» Read more

Speaker Corner ‘Mesej Daripada Pembangkang’ Bergema Di Sungai Kandis

Shah Alam, 26 Julai – Pasar Malam Sungai Kandis malam tadi bergema dengan beberapa penceramah muda barisan pembangkang yang berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos nanti. Speaker Corner ‘mesej daripada pembangkang’ turut menampilkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam yang berkesempatan turut […]

» Read more
1 2,680 2,681 2,682 2,683 2,684 2,734