Puteri UMNO Kecewa Dengan Keputusan Tok Pa Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mustapha yang mengumumkan keluar daripada UMNO. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, disaat UMNO diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, pergerakan Puteri UMNO mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan ini. “Kita tidak sangka, terkejut, dan sekaligus kecewa apabila […]

» Read more

Kerajaan PH Tertekan…? Giliran Rosmah Didakwa Di ‘Mahkamah Media’

BATU PAHAT, 18 Sept – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini amat tertekan dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini aktif menjawab dan mendedahkan bukti melalui media sosial terhadap apa sahaja isu. “Maka bersedialah sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Najib.” Ini berikutan katanya, […]

» Read more

‘Derita Rakyat’ Jadi Topik Diskusi 100 Hari PH Tipu Malam Ini

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tampil malam ini dalam Diskusi 100 Hari PH Tipu bagi mengupas isu semasa dengan tajuk ‘Derita Rakyat’. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera adalah mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tentunya amat arif dengan permasalahan rakyat di akar umbi, maka beliau pastinya akan turut terkesan […]

» Read more

Petisyen: Dun Sungai Sibuga, Parlimen Libaran Kekal Milik BN

SANDAKAN, 18 Sep – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (Warisan). Hakim Azhahari Kamal Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak. Petisyen terhadap kerusi DUN Sungai Sibuga […]

» Read more

Jamal Mengaku Tidak Bersalah Tinggalkan Negara Secara Haram

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara haram, Mei lalu. Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali. Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa tanpa sebab yang munasabah […]

» Read more

Peguam Muhammad Shafee Selesai Bayar Baki Jaminan RM500,000

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM500,000. Bayaran itu dibuat oleh anaknya, […]

» Read more

Dakwa Shafee Langkah Terdesak, Sangat Misteri?

Pendakwaan terhadap peguam terkemuka Tan Sri Shafee Abdullah atas tuduhan penggubahan wang haram dan pengelakan cukai menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai masa depan sistem keadilan negara. Shafee dituduh menerima hasil aktiviti haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Tuduhan ini dikemukakan ke atas peguam tersebut kerana beliau menerima cek sebanyak RM9.5 juta […]

» Read more

Mana Kebebasan Bersuara Malaysia Baharu Yang Dilaungkan PH?

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Antara laungan kuat di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas 9 Mei 2018 ialah Malaysia Baharu yang lebih terbuka dan kebebasan bersuara tanpa takut berhadapan pendakwaan dan tekanan undang-undang. Justeru, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mempersoalkan selepas lebih 100 hari memerintah, apakah perubahan kebebasan bersuara yang telah dibuat oleh kerajaan PH bagi membolehkan […]

» Read more

MCA, Komponen BN Lain Usah Bimbang, Hubungan UMNO – Pas Kebaikan Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerjasama antara UMNO dan Pas akan memberikan kekuatan kepada kuasa politik orang Melayu yang akan memberikan kebaikan bukan hanya kepada bangsa Melayu sahaja, tetapi kepada keseluruhan rakyat di negara ini. Ini kerana menurut beliau, walaupun UMNO sebuah parti yang berasaskan bangsa Melayu, namun telah terbukti […]

» Read more

Presiden Pemantau mahu saman Ketua Polis Dang Wangi

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Presiden Pemantau Malaysia Baharu (Pemantau), Datuk Lokman Noor Adam akan mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah susulan insiden kekecohan perhimpunan pada 7 September lalu. Menurut Lokman, berikutan kekecohan yang tercetus itu, pihaknya telah membuat laporan polis selain laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). “Gesaan sebelum ini supaya […]

» Read more
1 2,645 2,646 2,647 2,648 2,649 2,745