‘Derita Rakyat’ Jadi Topik Diskusi 100 Hari PH Tipu Malam Ini
KUALA LUMPUR, 18 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tampil malam ini dalam Diskusi 100 Hari PH Tipu bagi mengupas isu semasa dengan tajuk ‘Derita Rakyat’.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera adalah mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tentunya amat arif dengan permasalahan rakyat di akar umbi, maka beliau pastinya akan turut terkesan dengan hal-hal tempatan sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.
Diskusi ini akan dihoskan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faizal Ismail Abdul Aziz ini akan bersiaran pukul 9.00 malam ini melalui medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengamal media sosial dipelawa untuk bersama-sama mengikuti kupasan beliau selain turut serta memberikan pandangan, idea atau hujah melalui ruangan komen yang disediakan. – MediaUMNO