Kerajaan PH Tertekan…? Giliran Rosmah Didakwa Di ‘Mahkamah Media’

BATU PAHAT, 18 Sept – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini amat tertekan dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini aktif menjawab dan mendedahkan bukti melalui media sosial terhadap apa sahaja isu.

“Maka bersedialah sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Najib.”

Ini berikutan katanya, peguam Najib iaitu Tan Sri Mohammad Shafie Abdullah telah pun didakwa selepas pertemuannya dengan Tun Mahathir didedahkan.

“Kerajaan PH hari ini amat tertekan dengan Najib yang kini aktif menjawab dan mendedahkan bukti melalui media sosial terhadap apa sahaja isu. Justeru Najib mesti dihabiskan termasuk peguam, isterinya, anak anaknya dan rakan rakannya,” katanya lagi.

Dalam hal ini beliau mempertikaikan wujudnya tindakan ‘tangan ghaib’ lantaran penerbitan laporan berita NST yang tajuk utamanya “Rosmah akan didakwa” hari ini.

Katanya, isunya, bukan kerana pendakwaan tersebut, tetapi kerana laporan eksklusif yang detail tentang apa yang mahu didakwa sebelum suspek didakwa di mahkamah sebenar.

“Mesti ada orang dalam di agensi penguatkuasaan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan pejabat Peguam Negara (AG) yang membocorkannya. Apakah ia disengajakan? Bar Council patut komen sama ada ini amalan yang telus dan adil,” katanya menerusi laman facebooknya sebagai maklumbalas kepada tajuk berita berkaitan.

Ujarnya, dengan maklumat detail yang didedahkan sudah tentu Rosmah (Datin Seri) akan menjadi mangsa ‘Mahkamah Persepsi’ dan ‘Mahkamah Media’.

“Belum pun didakwa dan disebut di mahkamah, semua media milik NSTP mendedahkannya terlebih dahulu.”

Dilaporkan hari ini NST mendedahkan Rosmah akan didakwa kerana pembelian alat kecantikan muka bernilai lebih RM1 juta menggunakan wang sumber yang dikaitkan dengan SRC International, bahkan NST juga memberikan detail kelebihan alat kecantikan itu.

“Nampaknya tidak ada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan tangan ghaib ini.

“Semua akan dikejar, dipanggil, disiasat dan di bawa terlebih dahulu ke ‘Mahkamah Media’ sebelum di dakwa di mahkamah sebenar. Kadir Jasin telah menyebut ini dalam blognya. Sudah menjadi SOP pula, bila dutuduh nanti, kertas pertuduhan belum siap dan saksi belum disoal siasat. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.