Puteri UMNO Kecewa Dengan Keputusan Tok Pa Keluar UMNO
KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Datuk Seri Mustapha yang mengumumkan keluar daripada UMNO.
Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, disaat UMNO diuji dengan kekalahan teruk pada PRU 14 lalu, pergerakan Puteri UMNO mengharapkan agar pemimpin-pemimpin lama terus bersama dalam perjuangan ini.
“Kita tidak sangka, terkejut, dan sekaligus kecewa apabila dapat tahu Keputusan peletakan jawatan sebagai Ahli UMNO oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed melalui,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Bagaimanapun, Zahid berkata pergerakan Puteri UMNO menghormati keputusan yang telah diambil oleh pemimpin tersebut.
“Walaubagaimana pun, kita hormatilah keputusan yang beliau telah lakukan, mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini.
“Justeru, saya menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO terutamanya Pergerakan Puteri UMNO seluruh Malaysia agar kuatkan semangat, kukuhkan pendirian, rapatkan saf, dan sama-sama kita teruskan perjuangan ini walau susah mahupun senang.
“Semoga kita terus diberi kekuatan dan perjuangan dirahmati Allah sentiasa,” jelasnya.-MediaUMNO