Kerajaan Persekutuan Diminta Pertimbang Pembangunan Pahang Skills

KUANTAN, 20 Sept – Kerajaan persekutuan diminta agar dapat mempertimbangkan permohonan pembangunan prasarana Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) yang terletak di Semambu di sini. Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob berkata projek yang dirancang itu akan memberi kemudahan dan keselesaan bukan sahaja kepada pelajar dan pengajar, namun juga untuk penduduk berhampiran Pahang Skills. “Semua kelulusan bagi membina bangunan […]

» Read more

Najib Didakwa Terbabit Pengubahan Wang Haram Lebih RM4.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 21 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion. Bagaimanapun, Najib mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi. Bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, Najib didakwa melibatkan diri […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Berteraskan UMNO Sebuah Perjuangan – Annuar

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung 28 – 30 Sept ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan. Katanya, tagline UMNO sebuah perjuangan ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair. “Perhimpunan kali ini juga […]

» Read more

PRK Port Dickson: Pengundian 13 Okt, Penamaan Calon 29 Sept

PUTRAJAYA, 20 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson, Negeri Sembilan diadakan pada Sabtu, 13 Okt. SPR juga menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu pada 29 Sept (Sabtu) manakala hari pengundian awal pada Selasa, 9 Okt. Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood yang mengumumkan […]

» Read more

Bila Parti Memerlukan Kita, Wajarkah Kita Lari Menyelamatkan Diri Kita?

Buat sahabat dan mantan yang pernah dan sedang berjuang: Setiap daripada kita adalah orang yang bernasib baik. Kita ditatang dan disokong oleh ramai orang. Mereka orang biasa. Orang kampung, orang miskin yang melihat kita sebagai idola, sebagai orang yang dipercayai. Kita membina imej sebagai berjiwa rakyat, sebagai pejuang, bersifat dengan segala sifat yang baik. Kita tunggangi kekuatan parti untuk naik […]

» Read more

Najib Hadapi 25 Pertuduhan Di Bawah AMLA Dan Akta SPRM

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau, satu kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Najib, 65, akan menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 […]

» Read more

Raja Muda Berangkat Ziarah Mangsa Ribut

KANGAR, 20 Sept – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Mata Ayer dekat sini, yang mengalami kerosakan selepas dilanda ribut Isnin lepas. Baginda juga berkenan meninjau gotong-royong membaiki bumbung rumah yang dilakukan pasukan 4 Rejimen Renjer DiRaja (4RRD) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta […]

» Read more

Pertikai Zahid…? Zaman Dr Mahathir Dulu Lagi Teruk Berpecah – Azian

IPOH, 20 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Azian Osman membidas segelintir pendapat yang mempertikaikan prestasi Presiden parti sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rentetan keluarnya lima orang ahli Parlimen dari UMNO. Menurut Azian pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden parti, itulah zaman ‘hitam’ yang dialami oleh parti. “Ada orang kata Presiden UMNO sekarang […]

» Read more

Warkah Terbuka Buat Seluruh Ahli Parlimen Dan ADUN UMNO

*Para YB Yang Dikasihi,* 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam perjuangan dan salam kasih sayang. Saya mendoakan agar kita semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan rahmat Ilahi. 2. YB sekalian adalah *barisan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi kaedah pilihanraya.* Proses ini telah kita lalui sebanyak 14 kali dan setiap kali pemilihan sentiasa ada […]

» Read more

“Tiada Sebab Saya Keluar UMNO” – Hishammuddin 

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu. “Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO,” katanya kepada Bernama hari […]

» Read more
1 2,643 2,644 2,645 2,646 2,647 2,745