Hapus Tol Dulu Sebelum Mansuh Hukuman Mati

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat memansuhkan hukuman mati, adalah disarankan mereka menghapuskan kutipan tol di semua lebuh raya terlebih dahulu. Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam membuat keputusan tersebut tanpa mengambil kira pandangan dan reaksi daripada pelbagai pihak. “Kalau kita nak mansuhkan hukuman mati mandatori seperti mana yang ada […]

» Read more

UMNO Terus Perkukuh Barisan Pembangkang, Tahniah Kepada Anwar Kembali Ke Parlimen – Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka akan terus memperkukuhkan barisan pembangkang dalam usaha membawa isu-isu yang menjadi rungutan dan kepentingan kepada rakyat serta negara. Justeru beliau yang juga Presiden UMNO berkata tidak ada sebarang langkah dilakukan susulan kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Port […]

» Read more

Najib Dipanggil SPRM Kali Ketiga

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut sumber SPRM, Najib telah hadir ke SPRM pada 10 pagi tadi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan. “Najib telah hadir untuk diambil keterangan berhubung 1MDB dan lain-lain kes,” katanya. […]

» Read more

Parlimen Sipitang Kekal Milik UMNO

KOTA KINABALU, 16 Okt – Kerusi Parlimen Sipitang kekal milik UMNO manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Sook masing-masing kekal milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan bantahan awal yang difailkan wakil rakyat UMNO, PBS dan PBRS terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon-calon Parti […]

» Read more

Dasar Kerajaan Yang ‘Flip Flop’ Punca Masalah Harga Dan Lambakan Sawit – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu kejatuhan harga kelapa sawit dan lambakan kelapa sawit yang berlaku di negara ini semenjak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurut beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ada menyebut di dalam parlimen bahawa […]

» Read more

Hentikan Cakap Melalut, Asyik Salahkan Kerajaan BN 61 Tahun – Shahidan   

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas sikap sesetengah pemimpin kerajaan hari ini yang sering mengkritik kerajaan dahulu termasuklah sepanjang pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 61 tahun. Menurut beliau mana-mana pihak yang sering membangkitkannya perlu sedar dan tahu bahawa pada waktu berkenaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Port Dickson yang […]

» Read more

Ahmad Maslan Cadang Lima Perkara Kerangka Asas Dasar Luar Malaysia Baru

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan lima perkara sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia baru yang boleh difikirkan oleh kerajaan hari ini. Pertama menurut beliau ialah perlu ada kenyataan untuk mempromosi dan melaksanakan dasar perdagangan yang bebas dan adil kerana dasar perdagangan luar negara bukan hanya perlu bebas tetapi juga perlu adil dalam […]

» Read more

‘Kerajaan PH: Dasar Luar Yang Caca Merba?’ Diskusi “Live” Dari Parlimen Malam Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Diskusi Dari Parlimen akan kembali bersiaran pada malam ini dengan topik perbincangan ‘Kerajaan PH: Dasar Luar Yang Caca Merba?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai ahli panel manakala Adnan Seman pula […]

» Read more

SJKC Diberi Peruntukan, Naik Taraf Sekolah Agama Ditangguh?

PULAU PINANG 15 Okt. – UMNO Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membina sebuah lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) di Bandar Cassia, Batu Kawan di sini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, cadangan itu disuarakan ketika peruntukan untuk menambah baik masjid dan kelas agama di negeri ini yang diluluskan kerajaan Barisan […]

» Read more

PH Gagal Bawa Pelaburan Baru, Pembatalan Projek Mega Beri Impak Negatif – Mahdzir

Kuala Lumpur, 15 Okt – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu merealisasikan kemakmuran ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang seimbang apabila dilihat berterusan gagal untuk membawa masuk pelaburan baru di dalam negara selain membatalkan projek-projek mega yang ada. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan PH untuk membatalkan projek-projek mega yang melibatkan pelaburan dari China misalnya telah memberikan impak negatif kepada perkembangan ekonomi […]

» Read more
1 2,626 2,627 2,628 2,629 2,630 2,752