‘Kerajaan PH: Dasar Luar Yang Caca Merba?’ Diskusi “Live” Dari Parlimen Malam Ini


KUALA LUMPUR, 15 Okt – Diskusi Dari Parlimen akan kembali bersiaran pada malam ini dengan topik perbincangan ‘Kerajaan PH: Dasar Luar Yang Caca Merba?’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai ahli panel manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator.

UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya serta bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – Media UMNO.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.