Pemuda UMNO Sasar 40 Peratus Calon Muda Dalam PRU

PORT DICKSON, 3 Nov – Pemuda UMNO menyasarkan 40 peratus calon yang mewakili parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang terdiri daripada pemimpin muda, kata Ketua Pemudanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, bagi merealisasikan perkara tersebut Pemuda harus membuat persediaan awal bagi melahirkan pemimpin berkualiti dalam menggalas tanggungjawab berkenaan. “Kita lihat akar umbi kita hebat […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Dibubarkan, Bergerak Untuk Terus Kukuh – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 3 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersumpah tidak akan sama sekali membubarkan UMNO walaupun terdapat pelbagai desakan. Jelas beliau, sebagai pembangkang UMNO perlu bergerak dalam satu pasukan untuk terus kukuh. “Saya bersumpah tidak akan bubarkan UMNO dan saya akan terus berdiri teguh. Walaupun ada desakan saya tidak akan undur dan tidak […]

» Read more

Kekuatan UMNO Bukan Pada Individu Tetapi Pada Kesepakatan Dan Kesatuan

ALOR SETAR, 3 Nov – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, kekuatan UMNO bukanlah pada individu tetapi ia adalah ketika bergerak secara bersama-sama. Jelas beliau, UMNO bukan lagi tulang belakang kepada kerajaan maka semua pihak harus bersatu demi kelangsungan parti. “Bila tidak jadi kerajaan… kekuatan kita tidak lagi pada individu… bila jadi pembangkang, kekuatan kita hanya ada bila […]

» Read more

Bajet 2019 Akan Gagal Capai Matlamat, Tidak Menggembirakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan melihat Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menggembirakan rakyat. Katanya, selain banyak pengumuman bajet ‘copy & paste’, bajet kali ini boleh diibaratkan melepaskan batuk ditangga atau bahasa mudahnya asal ada. “Nampak sangat Menteri Kewangan gagal buat kajian dan tidak ambil pandangan ramai pihak,” katanya dalam […]

» Read more

Bajet 2019: Kerajaan PH Ibaratkan Orang Luar Bandar Seperti ‘Sampah’

ARAU, 3 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohamad Hasan berkata, Bajet 2019 yang dibentangkan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) ini mengibaratkan orang di luar bandar seperti ‘sampah’ kerana tiada langsung peruntukan untuk golongan pesawah, peladang, penoreh getah, petani dan nelayan. Justeru jelas beliau, pengundi harus bangkit demi membela nasib rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Bajet 2019 […]

» Read more

Bajet 2019 Hukum Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia hari ini mengajak rakyat dan semua orang UMNO ambil iktibar dari apa yang berlaku natijah dari PRU-14. Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO dan BN selama ini memperjuangkan semua kaum, baik Melayu, Siam, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain. “Saya percaya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini mampu bangkit […]

» Read more

BPUN Untuk Orang Perlis, Hala Tuju Ke Arah PRU15

ARAU, 3 Nov – “Kita akan serahkan kepimpinan negeri (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri – BPUN) kepada orang Perlis… Tunggu sat je lagi…” ujar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian dalam sesi jelajah perjumpaan khas bersama Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO peringkat negeri Perlis hari ini. Jelas beliau, jelajah tersebut adalah bertujuan […]

» Read more

Jadi Keliru, Pemimpin PH Isytihar Harta Atau Cuma Gaji?

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin melahirkan rasa keliru dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa telah melakukan pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimennya. “Saya amat keliru yang kerajaan PH minta kepada semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen kerajaan untuk diisytiharkan, adakah pengistisytiharan harta […]

» Read more

Kembalikan Semula Hak Dan Keistimewaan Rakyat

Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan oleh kerajaan hari ini seharusnya menimbangkan pengembalian semula hak dan keistimewaan rakyat yang hilang sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara. Sebagai kerajaan terdahulu, Barisan Nasional telah menyediakan hampir semua keperluan dan kemudahan rakyat, dan malangnya ia dirampas oleh kerajaan sekarang melalui banyak janji manifestonya yang tidak tertunai. Berikutan taraf hidup yang kian terhimpit oleh […]

» Read more

Ucapan Bajet Menteri Kewangan Penuh Emosi dan Retorik Politik

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlina Othman Said melahirkan rasa amat kecewa apabila seorang bertaraf menteri kanan memulakan dan mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2019 yang ditunggu-tungu rakyat dengan penuh emosi dan retorik politik. Katanya, Menteri Kewangan seharusnya bersikap lebih profesional semasa membentangkan belanjawan Negara memandangkan ini adalah bajet pertama Kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Malah […]

» Read more
1 2,611 2,612 2,613 2,614 2,615 2,754