Ucapan Bajet Menteri Kewangan Penuh Emosi dan Retorik Politik

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlina Othman Said melahirkan rasa amat kecewa apabila seorang bertaraf menteri kanan memulakan dan mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2019 yang ditunggu-tungu rakyat dengan penuh emosi dan retorik politik.

Katanya, Menteri Kewangan seharusnya bersikap lebih profesional semasa membentangkan belanjawan Negara memandangkan ini adalah bajet pertama Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Malah pembentangkan bajet pada hari ini juga menunjukkan Kerajaan tak serius untuk menunaikan janji-janji mereka sebelum ini sebagai contoh hanya tol motosikal di laluan Jambatan Pulau Pinang sahaja yang dimansuh berbanding berbanding untuk memansuhkan semua tol,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pengerang.

Katanya, selain itu, usaha untuk mereformasikan undang-undang di Negara ini juga tidak disentuh secara jelas.

“Malah usaha bagi melindungi kanak-kanak melalui penubuhan sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak juga tidak disebut dalam belanjawan kali ini.

“Justeru, saya berharap isu-isu melibatkan perundangan tidak diketepikan oleh kerajaan PH,” tegasnya yang juga Ketua Unit Undang-undang UMNO. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.