Bajet 2019 Akan Gagal Capai Matlamat, Tidak Menggembirakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan melihat Bajet 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menggembirakan rakyat.

Katanya, selain banyak pengumuman bajet ‘copy & paste’, bajet kali ini boleh diibaratkan melepaskan batuk ditangga atau bahasa mudahnya asal ada.

“Nampak sangat Menteri Kewangan gagal buat kajian dan tidak ambil pandangan ramai pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, sepatutnya kerajaan harus memantapkan lagi kaedah pengagihan subsidi berasar seperti BR1M yang terbukti lebih berkesan membantu kumpulan berpendapatan rendah

“Antara menarik perhatian saya adalah kaedah pengagihan subsidi minyak yang jadi ‘bahan lawak’ dan paling popular sejak semalam.

“Kaedah berpandukan cc kenderaan bukan pendapatan isi rumah rakyat hanya akan menyebabkan berlaku ketirisan dan subsidi bersasar menjadi tersasar.

“Sebagai contoh selepas ini jika individu berpendapatan RM10,000 ke atas sebulan memiliki BMW i8 1.5 akan menikmati subsidi petrol sama dengan individu bergaji RM3,000 sebulan yang memiliki Perodua MyVi 1.3.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.