Bajet 2019 Hukum Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia hari ini mengajak rakyat dan semua orang UMNO ambil iktibar dari apa yang berlaku natijah dari PRU-14.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO dan BN selama ini memperjuangkan semua kaum, baik Melayu, Siam, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.

“Saya percaya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini mampu bangkit jadi lebih kuat.

“Inilah kali pertama belanjawan negara dibentang oleh pemimpin Dap,” katanya kepada jentera akar umbi UMNO di Alor Setar, hari ini.

Dr Shamsul berkata, kalau diteliti belanjawan itu adalah menghukum orang Melayu.

“Tiada sepatah kata disebut kaum nelayan, petani dan orang Melayu.

“Kita saksi dan perhatikanlah sama ada mereka akan laksanakan janji dalam Bajet 2019.

“Dulu dia janji tak perlu bayar PTPTN bila gaji sudah RM4,000, semalam dalam belanjawan mereka tetapkan anak muda kena bayar walaupun gaji bulan hanya RM1,000,” jelasnya.

Beliau turut mengajak seluruh jentera UMNO mendekati dan menyelami suara hati rakyat termasuk orang Melayu untuk bangkit bersama. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.