Tidak Dapat Tunai Janji Jangan Pula Jadikan 1MDB Alasan Untuk Kelirukan Rakyat

SHAH ALAM, 12 Nov – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk tidak menjadikan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘kambing hitam’ kepada kegagalan mereka dalam memenuhi janji manifestonya, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Katanya, kes 1MDB masih di mahkamah tetapi pihak berkuasa terus bercakap mengenainya sehingga di dalam pembentangan Bajet 2019 tuduhan demi tuduhan dilemparkan dengan […]

» Read more

PTPTN: Permohonan Maaf Hanya ‘Melepaskan Batuk Di Tangga’

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Permohonan maaf Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan di dalam buku Manifesto Pakatan Harapan adalah satu langkah penutup agenda penipuan Pakatan Harapan berkaitan pinjaman tersebut. Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl […]

» Read more

Yang Langau Dah Terbang, Biarlah Ahli UMNO Yang Setia Jadi ‘Garam’ – Mohamad

MELAKA, 11 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pimpinan dan ahli parti yang terus berada di dalam UMNO hari ini umpama garam yang akan menjadi pengubat kepada parti dalam mendepani cabaran dan seterusnya bangkit untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. “Orang tua-tua khabarkan, yang ada di depan kita hari ini  adalah semua garam UMNO yang […]

» Read more

UMNO Tempat Orang Melayu Berteduh Bukan Barang Untuk Jual Beli – Ab Rauf

MELAKA, 11 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO bukan barang jual beli sebaliknya merupakan tempat untuk orang Melayu berteduh yang akan terus dimartabatkan. “Dari Chenor pergi ke Deli, di pasar seberang ayam berlaga, UMNO bukan barang jual beli, bukan barang buat berniaga. “Apabila kita hilang kerajaan baru kita terasa betapa hebatnya UMNO. […]

» Read more

Jangan Tebuk Kapal Sendiri, Giatkan Usaha Tuntut Janji Untuk Rakyat – Ahmad Zahid

MELAKA, 11 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti agar tidak menebuk kapal sendiri sebaliknya bersama-sama terus bangkit dalam usaha membela rakyat khususnya penekanan kepada janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan hari ini. Mengambil contoh belanjawan baru-baru ini yang dilihat tidak menepati kumpulan sasaran dan segala janji lain yang ditawarkan termasuklah kepada peminjam Perbadanan […]

» Read more

PTPTN : PH Mengaku Gagal, Minta Maaf Namun Rakyat Tetap Kena Tipu

KUALA LUMPUR, 11 Nov – “Berjanji. Gagal laksana. Kemudian minta maaf. Senang sangat memerintah kalau macam ni. Kemudian menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kegagalan itu. Sedangkan mereka sendiri yang lemah.” Demikian kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai maklum balas kepada kenyataan Wan Saiful Wan Jan […]

» Read more

ICERD : UMNO Tidak Akan Berkompromi – Zahid

JOHOR BAHRU, 10 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO tidak akan berkompromi berhubung soal meratifikasikan  ICERD yang dilihat seolah-olah Malayan Union 2.0. Menurut beliau penentangan berkenaan bukan soal Ketuanan Melayu tetapi ia lebih berdasarkan kepada prinsip Jus Soli yang telah dipersetujui oleh pemimpin pelbagai kaum dahulu semasa negara berjuang untuk kemerdekaan. “Banyak perkara di […]

» Read more

UMNO Johor Beri Jaminan Terus Bersama Zahid Pikul Tanggungjawab Berdepan Cabaran

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata UMNO negeri mengharapkan agar Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tugas dan melaksanakan tanggungjawab sebagai peneraju parti. “Teruskanlah memimpin UMNO ini dan bawalah parti ini untuk berhadapan dengan sesiapa juga. “Membujur lalu melintang pun berlalu. Kita teruskan perjuangan ini”, katanya. Beliau berkata demikian […]

» Read more

UMNO Persoal Kenapa Isu ICERD Timbul Sekarang?

KUALA LUMPUR, 10 Nov – UMNO bertegas meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) walaupun Dap dan beberapa pimpinan Melayu dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR menyokongnya. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam yang dengan tegasnya menolak ICERD seperti disebut […]

» Read more

Kerajaan Dicadang Kongsi Maklumat Kepada Anggota Parlimen Pembangkang

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kerajaan dicadang berkongsi maklumat sewajarnya seperti perbelanjaan dan perolehan kerajaan khususnya kepada anggota Parlimen pembangkang dalam usaha memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Khairy berkata usaha itu adalah selaras dengan usaha kerajaan mereformasi Parlimen sebagai sebuah institusi demokrasi yang terpenting dalam negara dan tidak lagi dianggap cap getah sahaja. “Mungkin […]

» Read more
1 2,606 2,607 2,608 2,609 2,610 2,754