UMNO Tempat Orang Melayu Berteduh Bukan Barang Untuk Jual Beli – Ab Rauf

MELAKA, 11 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO bukan barang jual beli sebaliknya merupakan tempat untuk orang Melayu berteduh yang akan terus dimartabatkan.

“Dari Chenor pergi ke Deli, di pasar seberang ayam berlaga, UMNO bukan barang jual beli, bukan barang buat berniaga.

“Apabila kita hilang kerajaan baru kita terasa betapa hebatnya UMNO. Itu tidak ada..ini tidak ada. Kita jangan buat kerja payah..kita buat kerja mudah. Mereka nak tutup jalan ke apa ka biarkan mereka. Orang Melaka ada slogan baru Datuk Seri..kamu YB atau aku YB…ini akan kita pakai sampai pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO Pusat yang dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan yang lain.

Ab Rauf seterusnya menambah mereka yang ingin melompat dan sebagainya biarkanlah dan apa yang penting jiwa raga ahli parti pelbagai peringkat terus kukuh seperti perumpamaan biar patah bertongkatkan paruh, UMNO akan terus bangkit. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.