Langkah Mayat Orang UMNO Dulu Jika Kerajaan Mahu Ratifikasikan ICERD – Ahmad Zahid

KUANTAN, 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, langkah mayat orang UMNO dulu sebelum kerajaan mahu melaksanakan agenda kesamarataan yang akan menidakkan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan seperti agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak istimewa bangsa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan melalui ICERD. Ahmad Zahid sebelum itu juga turut membidas kenyataan Menteri […]

» Read more

‘Kakistocracy’, ‘Hopeless’ Jadi Tikus Baiki Labu Untuk Negara

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Semakin hari semakin ketara apabila bukan sahaja janji 100 hari yang Pakatan Harapan (PH) sendiri buat gagal dilaksanakan malah sudah setengah setahun mentadbir semakin banyak kerosakan berlaku. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri (PM) bersendirian sedang para menteri bergelumang dengan masalah prestasi. “Hutang negara makin besar, harga barang semakin naik, harga […]

» Read more

Implikasi Terhadap Tanah Rizab Melayu, Regimen Askar Melayu Jika Ratifikasikan ICERD

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Tanah Rizab Melayu dan Regimen Askar Melayu Di-Raja tidak terkecuali akan menerima kesan sekiranya kerajaan bersetuju meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di mana kedua perkara itu merupakan satu perkara yang dianggap sebagai diskriminasi antara kaum di bawah konvensyen tersebut, demikian jelas seorang pengamal undang-undang, Lukman Sherrif. Selain itu menurut beliau, […]

» Read more

Himpunan Perpaduan Ummah Bakal Himpunkan 20,000 Muslim

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, himpunan perpaduan ummah yang akan diadakan pada 17 Nov ini bukanlah bersifat perkauman tetapi ia adalah satu himpunan yang bakal menghimpunan ummat muslim tanpa mengira bangsa asalkan beragama Islam. Jelas beliau, tujuan himpunan ini adalah bagi mempertahankan hak-hak agama Islam yang kini sedang diperkotak-katikkan. “Himpunan […]

» Read more

Demi Maruah Dan Kesinambungan, UMNO Akan Calon Semula Mohamad Hasan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Nov – UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan menerusi akaun Twitternya hari ini. Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Seremban untuk membatalkan kemenangan Mohamad di DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) […]

» Read more

Selepas Kasut Hitam Dan Stokin, Nak Bolot Kerja SPRM Pula?

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Pemuda UMNO Malaysia menyeru Dr Maszlee Malik agar fokus kepada tugas hakikinya sebagai Menteri Pendidikan dengan merencanakan dasar serta melaksanakan agenda pembangunan pendidikan negara. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, itu lebih adil kepada pihak kementerian secara keseluruhannya berbanding membazir menubuhkan Pasukan Khas serta menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa sedia ada yang telah […]

» Read more

ICERD Terus Dibantah, Himpunan Secara Aman Dibuat

JOHOR BAHRU, 16 Nov. – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus dibantah dengan satu perhimpunan secara aman diadakan di sini, hari ini. Lebih 1,000 aktivis, ahli politik dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pekarangan Masjid Jamek Al-Jawahir, Mutiara Rini bagi sebagai membantah retifikasi ICERD. Antara pemimpin politik […]

» Read more

Guan Eng Lena Tidur Atau Tak? Lima Persoalan Najib Masih Tidak Mampu Dijawab – Dr Puad

BATU PAHAT, 16 Nov – Sejak Ahad lalu, terdapat lima ‘posting’ di Facebook Datuk Seri Najib Razak yang wajar diulang tayang kerana ianya gagal dijawab oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ujar Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Pertamanya, menurut Puad yang merujuk kepada kemusykilan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana […]

» Read more

PRK Serta Merta Di DUN Rantau – Kemenangan Mohamad Hasan Tidak Sah, Terbatal

SEREMBAN, 16 Nov-  Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu di sini pagi Jumaat selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsung selama […]

» Read more

Belanjawan 2019: “Rumah Telah Siap Namun Kontraktor Masih Bekerja Dalam Rumah”

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal dalam ujian pertama apabila Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini tidak memenuhi pelbagai segmen sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Menurutnya, ini dapat dilihat kepada banyaknya pengumuman serta perancangan yang dibuat oleh kerajaan PH hari ini bukan setakat rumah siap […]

» Read more
1 2,601 2,602 2,603 2,604 2,605 2,754