‘Kakistocracy’, ‘Hopeless’ Jadi Tikus Baiki Labu Untuk Negara

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Semakin hari semakin ketara apabila bukan sahaja janji 100 hari yang Pakatan Harapan (PH) sendiri buat gagal dilaksanakan malah sudah setengah setahun mentadbir semakin banyak kerosakan berlaku.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri (PM) bersendirian sedang para menteri bergelumang dengan masalah prestasi.

“Hutang negara makin besar, harga barang semakin naik, harga komodi getah dan sawit merudum, ekonomi menguncup,” katanya dalam satu kentataan hari ini.

Sementara itu, katanya, mereka mencuba menularkan ideologi halus mereka dengan melukakan Islam, menghimpit orang luar bandar, menghina Raja-raja dan apa saja yang telah dibina selama ini.

“Perlembagaan cuba diracuni.. ‘Deklarasi Setapak’ cuba di seludup masuk dan dibaja semula.

“Peringatan Tun Daim adalah tepat. Menjadikan kesalahan kerajaan terdahulu tidak boleh di jadikan “excuse”buat selama-lamanya dan cuba menutup tugas sebenar sebuah kerajaan.

‘Pendakwaan terpilih dan bersiri sudah tidak di peduli rakyat kerana rakyat semakin faham nawaitu dan strategi pihak sang berkuasa.Rakyat menuntut prestasi.”

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh, yang rakyat mahu ialah pembelaan untuk mereka iaiti pesawah yang padinya rosak dek tengkujuh, penoreh yang susu getah merosot, pemandu teksi yang di godam grab, ibu bapa yang perlu berbelanja di awal persekolahan, ibu tunggal yang menyara anak, penjaja kecil yang merosot jualannya, pegawai kerajaan yang terus di herdik dan di himpit kos sara hidup, peneroka yang terus tertipu….

“Kini rakyat mula bangkit.Tsunami bermula.Gelombang rakyat (gelora) tidak boleh di halang lagi.

“Ini bukan lagi soal UMNO. Ini adalah soal rakyat keseluruhannya, soal yang terkait semua orang.

“Benarlah… ‘kakistocracy’ adalah perosak sebuah negara bangsa.Mereka menjadi tikus-tikus membaiki labu…,” tegasnya.
Jelas beliau, ‘kakistocracy’ adalah istillah yang di rujuk kepada kepimpinan atau pemerintahan yang tidak berkemampuan atau ‘hopeless’. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.