Guan Eng Lena Tidur Atau Tak? Lima Persoalan Najib Masih Tidak Mampu Dijawab – Dr Puad


BATU PAHAT, 16 Nov – Sejak Ahad lalu, terdapat lima ‘posting’ di Facebook Datuk Seri Najib Razak yang wajar diulang tayang kerana ianya gagal dijawab oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ujar Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Pertamanya, menurut Puad yang merujuk kepada kemusykilan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu adalah mengenai skim FundMyHome.

“Pertama, projek FundMyHome. Ternyata Guan Eng gagal memahami denyut nadi rakyat. Ini perumahan untuk menguntungkan pemaju.

“Bayangkan deposit rumah yang perlu dibayar ialah RM100 ribu. Siapa yang mampu terutama untuk anak muda atau pembeli rumah kali pertama. Penjawat awam jangan mimpilah.

“Mungkin Guan Eng terbawa-bawa perangai lama masa jadi CM (Ketua Menteri) Pulau Pinang. Dia bina rumah mampu milik berharga RM400 ribu sebuah. Itu rumah mampu tengok,” tegasnya dalam entri di Facebooknya.

Kedua mengenai penilaian yang terbaharu terhadap syarikat petroleum negara Petronas daripada stabil kepada negatif dari agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody’s, yang juga menjadi faktor Ringgit Malaysia (RM) menjunam ke nilai RM4.20 berbanding satu Dolar Amerika Syarikat (USD) .

“Bahkan ia menambah tekanan terhadap ‘reserve’ antarabangsa negara yang terus menyusut setiap bulan sejak PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14).

“Kenapa itu berlaku? Ramai yang tidak tahu bahawa Kerajaan PH telah meratah duit Petronas untuk membayar dividen iaitu RM26 bilion untuk tahun 2018 dan RM54 bilion tahun 2019. Ini jauh berbeza dengan Kerajaan BN (Barisan Nasional) yang hanya menggunakan RM16 bilion pada tahun 2017.

“Itulah gara-gara kesilapan menamatkan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan diganti dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang tidakpun menurunkan harga barangan. Kini Kerajaan PH mahu menjual aset PNB (Permodalan Nasional Berhad) pula untuk mencari duit,” ujarnya lagi.

Tambah Puad, isu ketiga adalah berkaitan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang mengatakan bahawa hanya satu peratus sahaja hartanah di Malaysia dimiliki warga asing.

“Sebelum ini mereka menuduh BN mahu jual negara sehingga sanggup mensabotaj projek Forest City di Johor.

“Hutang negara juga dikatakan menjual negara. Apakah Bon Samurai RM7.4 bilion bukan menambah hutang negara?,” soalnya.

Manakala keempat, berhubung kajian yang dibuat oleh akhbar The Star mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap Bajet 2019 dan amat mengejutkan 79% rakyat tidak berpuas hati.

“Patutlah harga saham terus menjunam hingga bawah 1,700 mata pada hari ini. Bukan itu sahaja beberapa ekonomis juga mengkritik Bajet 2019 yang dikenali sebagai ‘Bajet Lim Guan Eng’.

“Guan Eng sudah tentu tidak tidur lena di atas dapatan ‘survey’ tersebut,” katanya.

Dan yang terakhir, Puad merujuk kepada pertanyaan sinis Najib di planet manakah yang dimaksudkan oleh Tony Pua ‘punahsihat’ ekonomi kepada ‘Menteri 1Trilion Dollar Man’ yang berucap berdegar-degar di Parlimen kononnya harga barangan kini turun disebabkan cukai SST. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.