Kepimpinan Kerajaan Baru PH Terus Pinggirkan Masyarakat Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, sekiranya pemimpin Pakatan Harapan (PH) terus bersikap syok sendiri dan berasa seolah-olah kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membawa erti yang mereka menguasainya sepenuhnya maka ia adalah satu kesilapan besar. Jelas beliau, pemimpin PH harus melihat bagaimana rakyat tetap menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang […]

» Read more

UMNO Pasti Sertai Himpunan Aman 8 Dis… Bukan Demonstrasi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO pasti menyertai himpunan menolak ratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), pada 8 Disember ini. “Kita telah sebutkan, Pas dan pemimpin-pemimpin NGO juga telah sebutkan bahawa ianya adalah untuk meraikan kejayaan penolakan ratifikasi oleh kerajaan. Jadi tidak salah kalau kita raikan kejayaan […]

» Read more

32 Ahli Dewan Negara Tetap Bersama BN, Sepakat Bawa Isu Pro-Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional (BN) sepakat untuk terus bersama dan membawa isu-isu pro-rakyat dalam persidangan Dewan Negara yang akan bermula esok di Parlimen. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN mempunyai 32 ahli Dewan Negara untuk menterjemahkan pelaksanaan acuan yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat. “Daripada 67 Ahli Dewan Negara, […]

» Read more

MCA Keluar BN… Pengerusi Sahkan Tidak Ada Keputusan Rasmi Dimaklumkan

  KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa tidak ada sebarang keputusan rasmi yang disampaikan oleh MCA untuk keluar dari kompenan terbabit kepada Ibu Pejabat BN sehingga kini. “Tidak ada sebarang keputusan yang telah disampaikan secara rasmi kepada kami mengenai hasrat mereka bagi keluar dari BN,” katanya. Maklum beliau, sehingga […]

» Read more

Segerakan Siasatan Dan Dakwa Di Mahkamah Bukan Dihukum Di Pentas Media

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pemuda UMNO mendesak agar pihak berkuasa khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat segera bertindak menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Tabung Haji. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata siasatan ini perlu disegerakan kerana berkepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi Institusi Islam ini yang banyak jasanya kepada umat Islam di Malaysia dan […]

» Read more

UMNO Sabah Masih Utuh – Hajiji

KOTA KINABALU, 1 Dis –  UMNO Sabah masih utuh dan bersatu dengan program khidmat sosial parti bersama rakyat masih dijalankan di semua bahagian, kata Pengerusinya Datuk Hajiji Noor. Justeru katanya adalah tidak adil untuk mengkritik UMNO secara keterlaluan memandangkan parti itu juga banyak berjasa dalam pembangunan Sabah. “Pilihan Raya Umum ke-14 sudah selesai. Sepatutnya sekarang tumpuan perlu diberikan terhadap tanggungjawab dan kerja harian kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. “Seluruh rakyat di negeri ini harus bekerjasama demi mengembalikan kegemilangan Sabah. Kita perlu […]

» Read more

Kerajaan Bukan Sarkas, Laporan Ekonomi Bukan Macam Manifesto Yang Boleh Ditemberang – Najib

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ekoran kenyataannya berkaitan pelaburan terus asing (FDI) pagi ini. Katanya, Guan Eng perlu tahu bahawa laporan kedudukan ekonomi bukan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang boleh ditemberang atau ditipu dengan mudah. “Tak ada angin, tak ada ribut, pagi ini Lim […]

» Read more

Perlembagaan Negara Jelas, ICERD Tidak Ada Keperluan Diratifikasi

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Perlembagaan Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana kaum di negara ini dan atas dasar berkenaan tidak ada keperluan kepada ratifikasi mana-mana perjanjian diperingkat antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mempersoalkan apa keperluan untuk meratifikasikan ICERD sedangkan negara boleh menyelesaikan masalah dan membangunkan secara tersendiri. […]

» Read more

BN Pahang Optimis Mampu Kekalkan Kemenangan Di Cameron Highlands

KUANTAN, 1 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail optimis parti berkenaan mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Cameron Highlands sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan di kawasan itu. Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian memandangkan calon Barisan Nasional (BN) kawasan itu Datuk C. Sivarraajh […]

» Read more

Jangan Jadi Dalang Cetus Permusuhan Pelbagai Kaum – Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR, 1 Dis – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat terutama pemimpin supaya tidak menjadi dalang melakukan provokasi yang boleh menyalakan puntung kebencian dan permusuhan antara rakyat berbilang kaum serta agama di negara ini. Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian […]

» Read more
1 2,591 2,592 2,593 2,594 2,595 2,756