Jadikan PRK Sungai Kandis Sebagai Referendum Rakyat Tolak PH – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 23 Julai – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk menjadikan PRK ini sebagai referendum rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, rakyat sudah kecewa dengan kerajaan PH yang sebelum ini menjanjikan macam-macam perkara melalui manifesto mereka. “Perdana Menteri Tun Dr Mahathir […]

» Read more

Ikuti Diskusi N49 Malam Ini, Kupas Isu ‘Hutang RM1 Trilion, Alasan Tidak Mahu Tunai Janji?’

SHAH ALAM, 23 Julai – ‘Hutang RM1 Trilion, Alasan Tidak Mahu Tunai Janji?’ menjadi tajuk isu yang akan dikupas dalam Diskusi N49 malam ini yang akan bersiaran secara langsung melalui laman facebook media UMNO. Diskusi ini akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican yang juga mantan Menteri Luar bersama YB Rizam Ismail selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO […]

» Read more

Pembinaan ECRL Akan Bantu Wujudkan Lebih Banyak Kawasan Pertumbuhan Ekonomi- Tengku Abdullah

KUANTAN, 23 Julai – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah bahawa baginda menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Baginda bertitah projek itu apabila dilaksanakan kelak, akan membantu mewujudkan lebih banyak kawasan pertumbuhan ekonomi termasuk di Pahang. “Pembinaan ECRL akan meningkatkan saling hubungan kawasan-kawasan ekonomi dan […]

» Read more

Polisi Ekonomi Negara PH Tidak Ada Arah Hala Tuju Jelas – Lokman

SHAH ALAM, 23 Julai – Polisi ekonomi negara hari ini dilihat tidak mempunyai arah hala tuju yang jelas sejurus kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih daripada kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Calon BN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata mereka bercakap seolah-olah tidak mempunyai […]

» Read more

PRK Sg Kandis Peluang Rakyat Terjemahkan Ketidakpuasan, Tuntut Kerajaan Tunai Janji – Ahmad Maslan

SHAH ALAM, 22 Julai – Pengundi di Sungai Kandis boleh menterjemahkan ketidakpuasahan hati mereka terhadap kerajaan yang ada hari ini khususnya pasca Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 9 Mei dengan membuat pilihan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Lokman Noor Adam pada 4 Ogos nanti. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahamd Maslan berkata dengan cara itu tentunya kerajaan negeri serta kerajaan […]

» Read more

Isu Anak Tempatan Tidak Timbul, Siapa Ahli Parlimen Kota Raja? – Calon BN

SUNGAI KANDIS, 22 Julai  – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata  sekiranya pihak lawan memainkan isu bukan calon anak tempatan di PRK ini, seharusnya mereka mempersoalkan dahulu ahli Parlimen Kota Raja yang sudah jelas bukan anak tempatan. Jelas beliau, sebenarnya apa yang lebih penting adalah individu tersebut mampu atau tidak untuk […]

» Read more

Laungan Keramat UMNO-BN “Bangkit” Azimat Tenggelamkan Laungan “Reformasi” PKR

SHAH ALAM, 22 Julai – Laungan “bangkit” penyokong Barisan Nasional (BN) yang lebih mendominasi menenggelamkan laungan “reformasi” penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus menampakkan aura luar biasa BN sewaktu mengiringi calon masing masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Seksyen 19 Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam semalam. Pemerhati hal ehwal politik tempatan, Ahmad Fauzi […]

» Read more

Kerajaan Hari Ini Masih Kutip Data dan Fakta Dari ‘Longkang’ – Lokman Adam

SHAH ALAM, 22 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Noor Lokman Adam menyelar barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH)sebagai barisan kepimpinan yang tidak mempunyai kredibiliti dan masih lagi berfikiran sebagai pembangkang. Ini memandangkan, menteri-menteri dalam kepimpinan kerajaan hari ini masih lagi mengutip data dan fakta daripada ‘longkang’ sepertimana yang amalan mereka ketika menjadi […]

» Read more

Jawapan Lucu, Tidak Munasabah Menteri Buat Rakyat Makin Kurang Yakin Terhadap Kerajaan

SHAH ALAM, 22 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri berpandangan bahawa keyakinan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan semakin berkurang ekoran menteri-menteri yang kurang kredibiliti, kekurangan ilmu dan tidak munasabah khususnya apabila memberikan jawapan dalam isu-isu semasa seperti kos sara hidup, pendidikan dan sebagainya. Menurut beliau, ini memandangkan banyak kenyataan yang dibuat oleh menteri kerajaan Pakatan Harapan kini seolah-olah […]

» Read more

‘Live’ Diskusi N49 Malam Ini Bersama Calon BN Dan Ismail Sabri

SHAH ALAM, 21 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan menampilkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi Diskusi N49: Penerangan UMNO Malaysia. Diskusi yang akan bersiaran secara langsung 9 malam ini boleh disaksikan melalui […]

» Read more
1 223 224 225 226 227 229