Speaker Corner ‘Mesej Daripada Pembangkang’ Bergema Di Sungai Kandis

Shah Alam, 26 Julai – Pasar Malam Sungai Kandis malam tadi bergema dengan beberapa penceramah muda barisan pembangkang yang berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos nanti. Speaker Corner ‘mesej daripada pembangkang’ turut menampilkan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam yang berkesempatan turut […]

» Read more

Sokongan Kepada Calon BN

SHAH ALAM , 25 Julai –Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Nazilah Idris berucap dipentas ‘Speaker Corner: Mesej Dari Pembangkang!’ dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis di tapak pasar malam Sungai Kandis sebentar tadi.-Foto: MediaUMNO

» Read more

PRK Sungai Kandis Mampu Perlihatkan Perjalanan Demokrasi Yang Matang – Najib

SHAH ALAM, 25 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mampu memperlihatkan perjalanan demokrasi yang matang di DUN Selangor. “Ini sedang berlaku sekarang ini, dan kita akan manfaatkan ruang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas ‘walkabout’ bersama calon BN, Datuk Lokman Noor Adam di Kampung […]

» Read more

‘LIVE’ Malam Ini: ‘Miskin Bandar’ Jadi Topik Diskusi N49

SHAH ALAM, 25 Julai – Topik Diskusi N49 malam ini akan menyajikan isu sensasi iaitu ‘Miskin Bandar’ dengan membawa panel yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) Tan Sri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang untuk berpasangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor. Diskusi yang boleh disaksikan […]

» Read more

Aplikasi PRK Sungai Kandis Untuk Buktikan BN Difitnah – Khaled

SHAH ALAM, 25 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata masyarakat terutama pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis beruntung kerana berpeluang sekali lagi untuk membuat pilihan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Menurut beliau pada kali ini pengundi boleh menggunakan peluang tersebut untuk memastikan segala janji dan segala manifesto yang dicanang Kerajaan […]

» Read more

Diskusi N49 Sungai Kandis

Shah Alam, 24 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini mengupas isu ‘Hanya Tomato Turun’ dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Ahmad Maslan bersama dengan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Johan Abd Aziz dan Tun Faisal Ismail (Moderator). Diskusi ini diadakan sempena Pilihanraya Kecil DUN N.49 Sungai Kandis. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Sertai PRK Lihat BN Berdepan Cabaran Dalam Satu Saf kepimpinan – Annuar

SHAH ALAM, 24 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong sepertimana keputusan yang diambil pada PRK Sungai Kandis walaupun pada pilihan raya sebelum ini tewas dengan majoriti yang besar. Menurut beliau apa yang penting pada pilihan raya kecil berkenaan adalah untuk melihat bagaimana […]

» Read more

PRK Medan Melatih Jentera

SHAH ALAM, 23 Julai – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN)  PRK DUN Sungai Kandis yang juga Timbalan Presiden UMNO,  Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan PRK berkenaan sebagai medan untuk melatih jentera parti ke arah pilihan raya umum akan datang ketika berucap merasmikan majlis memperkenalkan calon dan penyerahan anak angkat bahagian-bahagian negeri Selangor, di ‘Command Centre” BN N.49 Sungai Kandis.-Foto: MediaUMNO

» Read more

Calon PRK N49 Sungai Kandis

SHAH ALAM, 23 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berucap dalam majlis memperkenalkan calon dan penyerahan anak angkat bahagian-bahagian Negeri Selangor yang diadakan di Command Center PRK N49 Sungai Kandis sebentar tadi.- Foto: MediaUMNO

» Read more

PRK Sungai Kandis Ruang Latihan Jentera Parti Tuju PRU-15 – Mohamad

SHAH ALAM, 23 Julai – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan PRK berkenaan sebagai medan untuk melatih jentera parti ke arah pilihan raya umum akan datang. Justeru beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menggesa agar seluruh jentera parti pelbagai peringkat menggunakan kesempatan berkenaan bukan sahaja untuk […]

» Read more
1 222 223 224 225 226 230