Ikuti Diskusi N49 Malam Ini, Kupas Isu ‘Hutang RM1 Trilion, Alasan Tidak Mahu Tunai Janji?’


SHAH ALAM, 23 Julai – ‘Hutang RM1 Trilion, Alasan Tidak Mahu Tunai Janji?’ menjadi tajuk isu yang akan dikupas dalam Diskusi N49 malam ini yang akan bersiaran secara langsung melalui laman facebook media UMNO.

Diskusi ini akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican yang juga mantan Menteri Luar bersama YB Rizam Ismail selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.

Kali ini, diskusi tersebut akan menampilkan Dira Abu Zahar  (Ahli MT) sebagai moderator dan bersiaran pada pukul 9.00 malam.

Diskusi N49 ini adalah kupasan berkaitan isu-isu semasa yang dibuat bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N49 Sungai Kandis yang akan diadakan pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.