‘Live’ Diskusi N49 Malam Ini Bersama Calon BN Dan Ismail Sabri

SHAH ALAM, 21 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan menampilkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi Diskusi N49: Penerangan UMNO Malaysia.

Diskusi yang akan bersiaran secara langsung 9 malam ini boleh disaksikan melalui laman www.facebook.com/mediaumnomalaysia dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Khaidirah Abu Zahar (Dira) sebagai moderator.

PRK kerusi DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas yang diadakan ekoran kematian penyandangnya. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.