Kekal Patuh SOP, PKPP Ruang Pulih Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Bermula hari ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan kembali beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam keghairahan rakyat dan kebanyakan sektor untuk kembali meneruskan aktiviti harian dan kelangsungan perniagaan masing-masing, perkara utama yang perlu dititikberatkan pastinya pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan […]

» Read more

PUMAS 5@5, Paparkan 5 Berita Pilihan Jam 5 Petang Setiap Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bermula hari ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan laporan berita berwajah baharu berbentuk video yang membicarakan lima berita semasa serta politik di negara ini. Diberi nama PUMAS 5@5, ia akan bersiaran di Facebook UMNO Online secara langsung pada jam 5 petang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Justeru, jangan lupa temujanji pada jam 5 petang […]

» Read more

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara, RCI Mesti Ditubuhkan

KUALA LUMPUR,8 Jun – Kalau kita imbas kembali kempen-kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14, isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion. Malah sebaik saja membentuk kerajaan, Pakatan Harapan masih terus mendendangkan cerita yang sama. Rakyat terus dimomokkan dengan cerita kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional membuatkan negara berada […]

» Read more

PENJANA Inisiatif Ekonomi Terbaik… Sama Seperti Yang Dilakukan Kerajaan BN – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang memberikan pelbagai langkah-langkah di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merangsangkan ekonomi rakyat Malaysia dengan jelas dan teratur kerana sudah biasa dengan aturan rangsangan ekonomi sebegitu semasa zaman Barisan Nasional (BN). Katanya, […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Ambil Langkah Bijak, Pragmatik Kukuh Kedudukan Ekonomi – Tun Mohd Ali

MELAKA, 5 Jun – Kerajaan telah mengambil langkah bijak dan pragmatik dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi negara yang mencabar ketika penularan pandemik COVID-19, kata Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. Beliau berkata Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan kerajaan persekutuan amat disambut baik oleh rakyat, manakala kerajaan negeri turut mengumumkan inisiatif pemberian bantuan khas kepada kumpulan sasar yang […]

» Read more

Ekonomi Malaysia Perlu Strategi Yang Berani, Berdaya Tahan Dan Daya Saing Tinggi – Onn Hafiz

SIMPANG RENGGAM, 5 Jun – Ekonomi Malaysia perlu mempunyai strategi yang berani, berdaya tahan dan daya saing tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 yang akan diumumkan sebentar lagi dapat merancakkan kembali ekonomi khususnya bagi sektor pelancongan, antara sektor yang paling terjejas dan pakej bantuan untuk anak-anak muda yang terkesan […]

» Read more

PKPB: Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan, Khabar Gembira Dinanti

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut sekali […]

» Read more

Atlet, Pegawai Terlibat Kem Latihan Pusat ‘Program Road To Tokyo’ Akan Jalani Tiga Proses Saringan COVID-19

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Atlet dan pegawai yang terlibat dengan Kem Latihan Berpusat Program ‘Road To Tokyo’ (RTT) bermula hari ini hingga 30 Jun akan menjalani tiga proses saringan COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata semua atlet dan pegawai berkenaan akan menjalani ujian ‘swab’ pertama pada hari pertama pendaftaran di pusat latihan masing-masing. […]

» Read more

Rentas Semenanjung-Sabah-Sarawak Bagi Suami Atau Isteri Perlu Kebenaran Polis

PUTRAJAYA, 1 Jun – Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kebenaran merentas negeri untuk suami atau isteri yang diberikan kerajaan bukanlah secara automatik. “Sebelum suami atau […]

» Read more
1 193 194 195 196 197 244