Rentas Semenanjung-Sabah-Sarawak Bagi Suami Atau Isteri Perlu Kebenaran Polis

PUTRAJAYA, 1 Jun – Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kebenaran merentas negeri untuk suami atau isteri yang diberikan kerajaan bukanlah secara automatik. “Sebelum suami atau […]

» Read more

Hari Ulang Tahun TUDM Ke-62 Disambut Dalam Normal Baharu – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Jun – Hari ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke-62 hari ini, disambut dalam normal baharu menggunakan platform media sosial, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, tiada lagi sambutan seperti kebiasaan dibuat, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak COVID-19. “Tiada lagi istiadat perbarisan, tiada lagi perhimpunan […]

» Read more

PKPB: Pengecualian Caj RM1 Di Mesin ATM Kekal – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Jun – Pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi pengeluaran wang mesin MEPS masih dikekalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, tiada perbincangan dan permohonan dibuat dengan pihak bank bagi mengubah pelaksanaan itu yang berkuat […]

» Read more

Pembukaan Semula Sesi Persekolahan, KPM Perlu Segera Cari Solusi – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu segera mencari solusi terbaik bagi merungkai isu pembukaan semula sesi persekolahan bagi memudahkan ibu bapa membuat perancangan awal sebelum sesi bermula selain isu pembayaran yuran di tadika dan taska swasta, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, kerajaan tidak boleh memandang enteng isu ini. “Bagi Ibu bapa […]

» Read more

Malaysia Bersedia Bagi Pemulihan Ekonomi Menjelang 2021 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja telah mula bekerja melibatkan beberapa sektor ekonomi, Malaysia kini berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. “Kita perlu bangun semula untuk mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang positif, berbanding […]

» Read more

Warga Asing Ditahan Semasa PKP Tiada Dokumen Perjalanan Sah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 Mei – Semua warga asing yang ditahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sekiranya warga asing masuk ke dalam negara secara sah mereka pasti mempunyai dokumen perjalanan diri atau i-kad sebagai pengenalan diri masing-masing. “Yang […]

» Read more

Jurang Digital: Sabah, Sarawak, Bumiputera Dan Perjuangan Normal Baharu – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berpandangan krisis COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan telah meningkatkan secara mendadak, kebergantungan masyarakat dan ekonomi terhadap sistem dan penyampaian secara digital atau atas talian. “Saya menyambut baik kenyataan ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan jurang digital yang wujud di Malaysia. “Kebergantungan ini […]

» Read more

Gubal Akta, Cari Kaedah Holistik Kawal Penjualan Dan Pengambilan Minuman Keras – Asyraf

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Pemuda UMNO hari ini memberikan beberapa cadangan termasuk langkah jangka pendek serta jangka panjang berhubung isu pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam yang makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebagai langkah jangka pendek dan segera, pergerakan itu mendesak agar cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 […]

» Read more

Pendatang Tanpa Izin Negatif COVID-19 Dihantar Pulang Ke Negara Asal – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 26 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan Malaysia akan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang negatif COVID-19 ke negara asal masing-masing. Ismail Sabri, yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin, berkata Kementerian Luar (Wisma Putra) akan berbincang dengan rakan sejawat dan kedutaan negara terlibat bagi urusan menerima pulang rakyat […]

» Read more

Raikan Aidilfitri Dalam Norma Baharu, Patuhi SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun semua umat Islam harus bergembira dalam menyambut hari raya Aidilfitri ini namun ianya haruslah dalam norma baharu yang mematuhi setiap SOP yang ditetapkan. Jelas beliau, harus diingat, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan oleh kerajaan dan ia tidak boleh diingkari […]

» Read more
1 195 196 197 198 199 245