Kerajaan Telah Bayar RM40 Juta Kepada 40,000 Penerima BPN

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Sebanyak RM40 juta telah dibayar kepada 40,000 penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara bagi tempoh 12 hingga 19 Jun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Malah, kata beliau, sehingga 19 Jun lepas sebanyak 10.19 juta penerima BPN telah menerima […]

» Read more

PRK Chini: Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik, Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

PEKAN, 23 Jun – Baru memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain dilihat mempamerkan gerak kerja kempen yang sistematik dengan telah bertemu hampir 40 peratus pengundi. Ketika ditemui sewaktu mengiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa kempen di sekitar Salong dekat sini, […]

» Read more

Anjur Majlis Perkahwinan: MKN Mesyuarat Esok, Keputusan Rabu – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 22 Jun – Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dan keputusan akan diumumkan pada Rabu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas. “Perbincangan esok bukan sahaja […]

» Read more

Keluhan Didengar, Kerajaan Cakna Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang cakna permasalahan rakyat. Beliau berkata demikian ekoran pengumuman gembira kerajaan kepada pengguna yang terkesan dengan kenaikan bil sepanjang PKP dari April hingga Jun 2020. “Dengan pakej Bantuan Prihatin Elekterik tambahan berjumlah RM942 juta ini dapatlah mengurang beban ramai pengguna terutamanya […]

» Read more

Bertanya Khabar

PONTIAN 19 Jun — Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad bertanya khabar kepada ahli keluarga Zaini Hamidi melawat tapak rumah di Kampung Parit Panggung, Sanglang, Pontian yang hangus terbakar awal Mei lalu. Foto–FB Hasni Mohammad

» Read more

PRK Chini : Tiada Pertandingan, Menang Tanpa Bertanding Adalah Yang Terbaik Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Dalam keadaan pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus-lumus terlibat dalam usaha untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Chini (N.23) mengalahkan COVID-19,  tiada pertandingan dan menang tanpa bertanding adalah yang terbaik demi rakyat dan negara, kata mantan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar. Ujarnya, perkara yang terbaik diharap akan berlaku pada Hari Penamaan Calon pada […]

» Read more

Kerajaan Komited Pastikan Tiada Yang Kembali Bergelandangan-Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan program sokongan kepada golongan gelandangan dibuat secara berkesan agar tiada yang kembali hidup sedemikian, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata perkara itu merupakan antara fokus utama yang diusahakan kementerian agar tiada masyarakat yang menjadikan gelandangan sebagai budaya hidup. “Kerajaan percaya setiap individu punyai potensi untuk […]

» Read more

Boleh Bawa Anak Pergi Jalan Tapi Kena Patuhi Penjagaan Kesihatan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 17 Jun – Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan, kerana ia tidak diwartakan. “Tidak ada […]

» Read more

Prasekolah, Tabika Dibuka Bermula 1 Julai – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata cadangan pembukaan semula institusi terbabit berserta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan telah dibentangkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada mesyuarat khas hari ini. Katanya keputusan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 prasekolah […]

» Read more
1 192 193 194 195 196 245