PUMAS 5@5, Paparkan 5 Berita Pilihan Jam 5 Petang Setiap Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bermula hari ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan laporan berita berwajah baharu berbentuk video yang membicarakan lima berita semasa serta politik di negara ini.

Diberi nama PUMAS 5@5, ia akan bersiaran di Facebook UMNO Online secara langsung pada jam 5 petang setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.

Justeru, jangan lupa temujanji pada jam 5 petang ini untuk mendapatkan laporan berita yang lebih menarik dan padat dengan informasi.

Sebelum ini, Penerangan UMNO Malaysia di bawah Ketuanya, Shahril Hamdan juga telah menerbitkan video Penerangan 200 dan juga e-majalah Pena PUMAS, selain program-program wawancara khas dan diskusi.

Video Penerangan 200 merupakan ulasan daripada pemimpin-pemimpin parti dan masyarakat di dalam mengupas sesuatu isu.

Manakala Pena PUMAS, e-majalah pertama yang diwujudkan oleh UMNO untuk menyebarluaskan maklumat-maklumat selain hal ehwal berkaitan parti kepada rakyat, turut menyajikan info-info berkaitan kerajaan dan isu-isu semasa, adunan berita, peristiwa, analisis, pandangan dan sejarah digarap dalam satu wadah untuk bacaan umum. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.