Perak Jangka Mampu Beralih Ke Fasa Tiga PPN Lebih Cepat

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Perak yang merupakan antara lima negeri bakal beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok menjangka akan mampu beralih ke Fasa Tiga dengan lebih pantas, menerusi peningkatan kapasiti vaksinasi COVID-19 negeri. Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad berkata negeri itu dijangka mampu merekodkan kadar suntikan antara 25,000 hingga 30,000 sehari selepas menerima 688,000 dos vaksin […]

» Read more

COVID : 6,045 Kes Baharu, Kes Kumulatif Cecah 778,652

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Malaysia mencatatkan 6,045 kes baharu COVID-19 hari ini berbanding 6,658 kes semalam, dengan jumlah kes kumulatif mencecah 778,652 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor mencatat kes harian tertinggi dengan 2,262 kes diikuti Kuala Lumpur (616); Negeri Sembilan (531); Johor (500); Perak (384); Sarawak (365) dan […]

» Read more

COVID: 6,658 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi 3,047 Kes

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sebanyak 6,658 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini, menurun sedikit berbanding 6,982 kes dicatatkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,047 kes diikuti Negeri Sembilan (699); Kuala Lumpur (616); Johor (414); Sarawak (361); Melaka (345); dan Sabah […]

» Read more

Mukim Dan Lokaliti Di Selangor, KL Dikenakan PKPD 3 Hingga 16 Julai

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini (3 Julai) hingga 16 Julai. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata mukim terlibat di Selangor ialah daerah Petaling (mukim Petaling, Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja); Hulu […]

» Read more

CITF Luluskan Sektor Perladangan Dan Komoditi Dalam Program PPV Industri

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah meluluskan sektor perladangan dan komoditi sebagai sektor ekonomi keempat yang terlibat dalam program pusat pemberian vaksin (PPV) industri. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata tiga sektor ekonomi lain yang diluluskan sebelum ini adalah sektor pembinaan, pengangkutan dan pembuatan ataupun perkilangan. Menurutnya, pekerja bagi keempat-empat […]

» Read more

Sultan Nazrin Perkenan Sidang DUN Empat Hari Bermula 25 Ogos – MB Perak

IPOH, 30 Jun – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan empat hari bermula 25 Ogos ini, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad. Beliau berkata Sultan Nazrin juga berkenan untuk berangkat merasmikan istiadat pada hari pertama persidangan mesyuarat itu. “Semalam saya hadir menghadap Sultan Perak bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad […]

» Read more

COVID : 6,437 Kes Baharu, Kumulatif Kes 745,703 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 29 Jun  – Sebanyak 6,437 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 745,703, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian dalam Twitter, beliau memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,361); Negeri Sembilan (700); Kedah (284); Johor (271); Melaka (252); Pahang (250) dan Sarawak (242). Selain itu, […]

» Read more

PKPD Di 14 Lokaliti Dengan Tujuh Di Sabah Mulai Rabu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Sebanyak 14 lokaliti iaitu tujuh di Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini sehingga 13 Julai, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata PKPD di Sabah melibatkan Kampung Timbagan, Matunggong; Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2 […]

» Read more

COVID: 57 Kematian Hari Ini, Jumlah Kumulatif Kes Kematian Lepasi Angka 5,000

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Sebanyak 57 kematian COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 54 kematian melibatkan warganegara manakala tiga lagi bukan warganegara. “Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan […]

» Read more

COVID: 5,812 Kes Baharu, Kekal Lebih 5,000 Tiga Hari Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kes baharu COVID-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam merekodkan sebanyak 5,812 kes, kekal melebihi angka 5,000 untuk tiga hari berturut-turut. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak COVID-19 di Malaysia kini 722,659 kes. Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata […]

» Read more
1 172 173 174 175 176 280