COVID: 6,658 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi 3,047 Kes

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sebanyak 6,658 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini, menurun sedikit berbanding 6,982 kes dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,047 kes diikuti Negeri Sembilan (699); Kuala Lumpur (616); Johor (414); Sarawak (361); Melaka (345); dan Sabah (322).

Pahang mencatatkan 200 kes diikuti Kedah (145); Pulau Pinang (142); Labuan (108); Perak (101); Kelantan (89); Terengganu (51); Putrajaya (16); dan Perlis (dua). – BERNAMA

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.